Sabtu, 31 Mac 2012

Ibu Bertuah Lagi

Ahad lepas, sekolah ibu telah mengadakan mesyuarat agung PIBG. Ibu dahpun ceritakan di sini. Hari ini, giliran ibu dan ayah menghadiri mesyuarat agung PIBG di Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut pula. Di sinilah anak² ibu mendapat pendidikan rendah.

Along, Angah dan Ude pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sawah Dato', Mersing, sebelum berpindah ke sini pada tahun 2002. Ketika pindah ke sini, Along di Tahun 4, Angah Tahun 3 dan Ude Tahun1. Kini, hanya Faiq yang masih bersekolah di sini. Faiz dah pun menamatkan persekolahannya di sini pada tahun lepas.

Pagi tadi Faiz turut serta sebab ada majlis penyampaian anugerah bagi pelajar cemerlang UPSR 2011. Kejayaan Faiz ibu pernah ceritakan di sini.

Sijil Pengiktirafan daripada Yayasan Pahang


 
Tak sangka pulak ibu antara yang bertuah hari ini. Nombor 89 pada buku program kat atas tu merupakan nombor bertuah ibu hari ni. Mesyuarat berakhir hampir jam 12.30 tengah hari.  

Alhamdulillah, syukur kerana empat orang anak ibu meninggalkan sekolah ini dengan kejayaan cemerlang. Moga Faiq juga mengikut jejak langkah abang dan kakak-kakaknya. 

Sekian coretan ibu. Jumpa lagi..


7 ulasan:

  1. tahniah pada faiz.Alhamdulillah anak akk semua cemerlang..tahniah juga sbb bertuah..best tu dpt hamper jajan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih PK.. Memang sekejap je dah licin jajan tu

      Padam
  2. tahniah buat faiz! lepas ni faiq pula yg ikut jejak adik beradik yg lain ye...

    bestnya kak mie... no 89 yang sangat bertuah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Izan.. Itulah doa kami.. 2 bujang akak ni byk karenah x macam kakak2 diorang..
      Dah tua ni selalu pulak bertuah.. hehe

      Padam
  3. Tahniah faiz.... Kalau abg dah berjaya pasti adik akan ikut serta insyaAllah...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA