Jumaat, 30 Mac 2012

Karnival Jerantut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

 

Karnival Jerantut sempena Tahun Melawat Jerantut 2012 sedang berlangsung di daerah kelahiran ibu ini bermula 23 Mac hingga 31 Mac 2012. YBM Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li diberi penghormatan merasmikan Karnival Jerantut pada malam 23 Mac.


YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut bersama Ku Li pada malam perasmian.

 

Pelbagai aktiviti dan program menarik telah dirancang sepanjang karnival tersebut berlangsung.

 

Ibu berkesempatan menjengah ke sini bersama ayah dan anak-anak pada malam 24hb tapi tak sempat menjelajah ke semua gerai sebab hujan renyai mula turun. Petang semalam ibu ke sini sebagai hakim pidato. Nanti ibu ceritakan ye..

 

Ps: Siti Nurhaliza mempersembahkan tiga lagu pada malam perasmian. Ibu tak tepek gambar di sini sebab kurang berkenan dengan penampilannya yang agak menyeksakan mata (ibu) yang memandang.    





6 ulasan:

  1. salam akak...wah behnya...owhh akak
    org jerantut yer...heheheee...apesal akak
    x mo tempek gambor ct tuh?teruk sgt yer akak?
    heheheeeeeeeeeeee......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lah teruk sangat, Arena tapi tak berkenan di mata akak je.. Boleh tengok sini http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150646409221033&set=a.10150646402131033.396914.349794656032&type=1&theater

      Padam
  2. akak...letak la gambar ct nk tengok..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. JS, blh tengok ct @ karnival jerantut di sini ~ http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150646409476033&set=a.10150646402131033.396914.349794656032&type=1&theater

      Padam
  3. izan tak pernah lagi sampai jerantut kak mie... entah bila agaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Izan, jemputlah ke Jerantut. Boleh bawa famili ke taman negara..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA