Sabtu, 24 Mac 2012

Siap Sudah Projek Terbengkalai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Dah seminggu cuti sekolah berakhir. Sejujurnya, ibu rasa cuti seminggu tu memang tak cukup. Bukan ibu ni dari jenis bagi betis nak peha tau.. Tapi, sebelum cuti tu banyak sangat kerja. Mana-mana kerja yang belum selesai tu (memang tak sempat nak selesaikan pun..) terpaksa dibereskan dalam cuti. 

Paling ibu "suka" bila berurusan dengan sistem dalam talian APDM dan SAPS. Boleh pulak main-main silap mata. Data-data yang dah dimasukkan boleh kejap ada kejap tak ada. Macam biskutpun ye juga. Banyak masa habis kat situ je.. Jadi, rancangan masa cuti hanya tinggal rancangan.

Satu-satunya projek cuti sekolah yang berjaya ibu siapkan adalah 40 helai alas meja murid. 


 
Inilah kain-kain yang menunggu untuk dijahit
 
Alas meja yang dah siap.


Sebetulnya, ibu dah mulakan projek ni sebelum cuti lagi. Tapi, dek pelbagai kekangan, projek ni terbengkalai untuk beberapa minggu. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga ibu sudahkannya.

P/s: Walaupun cuti, esok tetap ke sekolah. Mesyuarat PIBG sekolah ibu.


9 ulasan:

  1. Cantiknya warna yg kak mie pilih tu...sweet je..Mesti anak2 murid makin brsemangat belajar...lbh bremangat bila alas tu hasil kerja gurunya yg amat2 kreatif..syabas kak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik Yah. Berkenan sangat dgn warnanya tu tapi alas ni bukan kelas akak punya. Ini kawan yg tempah utk kelas dia. Belum sempat jahit utk kelas sendiri.

      Padam
  2. Rajin betul akak ya....tentu brsmngat anak2 didik utk belajar bila tengok alas meja yg menarik....

    BalasPadam
  3. Akak, ajar saya menjahit... Jeles la, tgk sapa2 pandai menjahit.. :D

    BalasPadam
  4. cantik betul alas meja budak2 sekarang.cikgu plak kreatif.padanan warna yg menarik..:)

    BalasPadam
  5. cantiknya warna matching sungguh warnanya.

    BalasPadam
  6. seronok anak2 skrg skolah meja dihias cantik gitu...dulu time skolah tengok meja bertulis mcm2 kan...hehe

    BalasPadam
  7. cantik sangat alas meja yg kak mie buat tu... letih juga nak siapkan 40 helai tu ye...

    BalasPadam
  8. Sweet warna ni....warna fav qayyum kalau sumaiyyah jangan tanya maintain dengan pink

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA