Rabu, 28 Mac 2012

Ibu Bapa & Mesyuarat PIBG: Hadir kerana apa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 

Ahad lepas, mesyuarat PIBG sekolah ibu. Kali ni sambutan amat menggalakkan. Penuh dewan terbuka sekolah ibu. Terpaksalah guru-guru lelaki memunggah kerusi-kerusi di kantin. Buku program pun tak cukup. Huh, memang hebat mesyuarat PIBG kali ni!!

 

Nak kata perasminya menjadi tarikan, tidak juga.  Bukan MB yang rasmikan mesyuarat kali ni. PM jauh sekali. Jadi, sebab apa??


DO tak dapat hadir, hantar wakil je...


Sebetulnya, selepas perasmian diadakan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan Yayasan Pahang untuk pelajar yang memperoleh 5A dalam UPSR 2011. Kemudian, diadakan pula acara penyerahan wang biasiswa Yayasan Pahang. Sebaik kedua-dua acara berakhir, semua tetamu yang hadir menjamu selera.

 

Ketika inilah, ibu & the gang menyedari ramai ibu bapa beransur pulang. Akhirnya, yang bermesyuarat hanya tinggal lebih kurang satu pertiga je. Rupa-rupanya, yang ramai-ramai tu bukan datang untuk bermesyuarat pun..

 

Sebahagian daripada 39 orang pelajar cemerlang UPSR 2011 yang hadir.



6 ulasan:

  1. oklah tu..klu mensyuarat ramai2 pun terlalu meriah sgt nti.hehe..

    BalasPadam
  2. Lain kali meating dulu baru penyampain hadiah. Boleh tak mcm tu?

    BalasPadam
  3. biasa pibg mmg krg sambutan drp parent...tak tahu kenapa?

    BalasPadam
  4. biasanya kalau ada habuan ramailh dtg k.mie...kt sk yah di akhir meeting diadakan cabutan brtuah...fuh!!!!mmg mndpat smbutan.....

    BalasPadam
  5. PIBG....hehehehe senyuman ada makna tu ibu... memang di akui sangat2 dulu mama selalu buat macam tu masa qayyum, tapi sejak qayyum masuk asrama ni memang PIBGlah tempat mama menteliti satu persatu apa yang ada dan tidak, masa tu baru lah nak pandai menghargai PIBG tersebut,

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA