Jumaat, 23 Mac 2012

Masa untuk Berjemur @ Kejohanan Olahraga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini cerita hari Selasa. Ibu peram cerita ni dek kesibukan dan kepenatan yang teramat. Ingat nak kongsikan cerita ni kelmarin, tapi ibu bermesyuarat hingga 6.00 petang.  Semalam pun ibu tiada kelapangan. Jam 1.00 tengah hari ibu balik ke rumah dan berkejar semula ke sekolah untuk kelas tambahan jam 2.00 petang. Sampai di rumah jam 4.15 petang ibu dah kepenatan. Ketika ini, sedang orang lain diulit mimpi, barulah ibu berkesempatan menjenguk teratak ibu ni.

Sebelum cuti, ibu terlibat dengan aktiviti koakademik bahasa Melayu peringkat daerah sebagai hakim pidato. Buka cuti ni, ibu beralih tumpuan ke padang pulak (wah, mengalahkan jurulatih kebangsaan bunyi ayat tu!!) Selasa baru-baru ni berlangsungnya kejohanan olahraga MSSM peringkat zon. Ibu dan beberapa orang rakan guru kelab olahraga bertanggungjawab mengiringi peserta sekolah ke kejohanann tersebut.

Jom layan gambar2 yang sempat ibu snap hari tu..

 

 
6 orang Dr. Muda yang bertugas

 

 
Peserta-peserta lontar peluru

 

 
Pelari pecut 100meter

 
Peserta lompat tinggi

 

Hampir semua peserta yang bertanding hari tu membawa balik pingat. Tapi, macam biasa, ibu terlupa snap gambar gara-gara bersorak sakan di tepi padang. Tahniah buat semua peserta yang berjaya membawa pulang pingat tanpa mengira apa warna sekalipun. Bagi yang tak berjaya tu, cuba lagi pada tahun hadapan.

p/s: Gara-gara bersorak sakan, keesokannya ibu batuk. Semalam, suara ibu seksi you, serak-serak basah gitu.. Esok, nampak gayanya ibu kena mengajar guna bahasa isyarat.



8 ulasan:

  1. Tahniah pada semua anak2 yg berjaya!!

    ps: amboi cikgu, bersorak sampai serak ye. Apapun, tahniah kerana mampu bersemangat memberikan peransang kpd anak2 pelajar.. :D

    BalasPadam
  2. TAHNIAH3X trutama kpd jurulatih yg dh letih bersorak2 kt padang tu....Ha.ha.ha...mmg kalau kt padang boleh lupa diri..terlompat2 xhinggat...bila balik rumah terus pensan.....

    BalasPadam
  3. tahniah kepada anak didik yg berjaya....
    Memang seronok kalau bersorak di padang....hehhehe...

    BalasPadam
  4. Zefa, Nza & MP: memang lupa diri kalau dah jadi penyokong ni. Lepas tu baru la terasa penatnya.. Hari ni suara masih serak lagi..

    BalasPadam
  5. Salam Norsalmi,

    Wah...hebat2nya,tahniah la bagi semuanya ya....Buat Norsalmi jugak sampai dah tak dak suara dah punya bersorak bagi semangat.....

    BalasPadam
  6. Wslm Ros,
    Terima kasih.. Suara masih serak lagi ni.. hehe

    BalasPadam
  7. sorak sampai tk de suara memang terbaik lah cikgu ni ,

    tahniah pd anak2 kecil yg berjaya tu ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puanbee,
      Tq.. Budak2 ni kena bagi semangat lebih sikit. Cikgu2 pulak bila dah bersorak selalu lupa diri.

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA