Selasa, 26 Mac 2013

Al-Fatihah - Dr Muhammad Uthman El Muhammady

Negara kehilangan seorang lagi tokoh ilmuan Islam yang amat disegani dengan kembalinya ke rahmatullah Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Dr Muhammad Uthman meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta petang semalam.

Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam. Sepanjang hayatnya, Allahyarham juga telah banyak menyertai forum di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Semoga roh Allahyarham Dr Muhammad Uthman dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada, para solihin, para sahabat dan anbiya’ RA.


Ps: Suka dengan cara Allahyarham yang sentiasa tenang dalam berhujah.


4 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA