Selasa, 4 Disember 2012

Follower ke-444 ♥ Terima Kasih Amalina


Assalamualaikum. Selamat pagi. Apa khabar hari ni? Moga semuanya sihat. Pagi ini ibu ada mesyuarat di sekolah. Sebelum ke sekolah, sempat juga ibu jenguk blog ibu ni. Jeling-jeling ke sidebar, follower iBu BeRbiCaRa dahpun mencecah angka 444. Cantikkan nombor tu.. Siapakah gerangan follower ke-444 itu?

Inilah follower  iBu BeRbiCaRa yang ke-444 tu.

Pohon manggis di tepi kali,
   Dahan tersangkut pagar berduri;
Orangnya manis, cantik sekali,
   Amalina Khalid nama diberi.

Ibu dahpun berkunjung ke blog Amalina. Dalam mengejar waktu, sempat juga ibu baca beberapa entri. Amalina mula bergelar blogger pada 12 Ogos 2012. Masih baru lagi. Berdasarkan entri Mana Mak??, rasanya Amalina ni bakal pendidik. Betul tak Amalina? Maafkan ibu andai tekaan ibu ni salah.*Maaf juga sebab ambil gambar Amalina tanpa kebenaran.

Kepada rakan-rakan yang belum mengenali Amalina, jomlah ke Osem La!! beramai-ramai. Blog Amalina ni nampak ceria je dengan latar belakang merah. Kita beri sokongan kepada Amalina yang baru je berjinak dalam dunia blogging ni.


P/s: Gembira apabila rakan makin bertambah


29 ulasan:

  1. waa..tahniah kak..moga makin maju dalam dunia blogging..hope sy pun bkal menyusul.. :)

    BalasPadam
  2. cantik no ... moga akak terus sukses dlm ber blog ^^

    BalasPadam
  3. wah kak ibu tahniah dah ramai pengikut.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih MamaQS. Tak ramai mana tapi tetap gembira..

      Padam
  4. Alhamdulillah dah nak masuk 500 tu...semoga terus succes

    BalasPadam
  5. wow tahniah follower 444... ramai follower akak. sempat blogging w/pn urus rumahtangga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Hani. Cuti sekolah ni terperap je di rumah, bertemu rakan2 di alam mayapun dah cukup menggembirakan.

      Padam
  6. cantik pantun...tahniah kepada ibu.semakin gempak dgn follower

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Etuza. pantun spontan tu. hehe..

      Padam
  7. assalamualaikum ibu..
    wow, terharu la ade entri khas utk sye..hehe..thanks ibu sayang..
    yup, btol la tu..teacher atau muallimah to be..
    insyaAllah..
    moge Allah memberkati perhubungan yg kite bina ini..ameen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga Amalina sudi berkunjung ke sini. Moga ukhwah yg terjalin akan berkekalan. Amin..

      Padam
  8. nice nombor... pantun yang cantik...
    moga ibu terus maju dalam dunia blog.. insyaAllah ^_^

    BalasPadam
  9. Kena serjah dan terjah blog ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena terjah, Hanif.
      Beri sokongan pd Amalina..

      Padam
  10. wahh, cantik nombor tu ibu :D
    ibu pun peramah orang nya..
    mesti laa followers bertambah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak ramai kawan mestilah peramah.. Betul tak Eiqa?

      Padam
  11. ibu.... dats my friend ! hehe b4 ni pun mar ade wat entry pasal die, kat cni
    http://mayesa-jcb.blogspot.com/2012/11/d-k-dia-amalina-khalid.html
    jom support die.. hiihi we're teacher to be :D

    support ibu jugak ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mar.
      Ibu dah baca entri tu.
      Gembira dapat mengenali kalian.
      Moga ukhwah yg terjalin akan berkekalan.

      Padam
  12. tahniah ibu , insyallahh follower ibu akan bertambah :D

    BalasPadam
  13. cantik no tu kak...444!

    tahniah ye kak... lepas ni 555 pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Izan.
      Entah bila nak cecah 555 tu..

      Padam
  14. tahniah sis...makin maju blog sis kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih JS.
      Berblog suka-suka je JS.. hehe

      Padam
  15. Moga Ukhuwah berkekalan antara followers..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA