Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ibu ingin memohon maaf atas kesilapan semalam. Semalam ibu telah poskan entri dengan tajuk 1.2.34 ♥ 1 Safar 1434 Hijrah. Sepatutnya 1 Safar 1434 Hijrah adalah hari ini, 15 Disember 2012.
Ibu dah drafkan entri tersebut sejak minggu lepas. Rupa-rupanya ibu dah silap kiraan tarikh dan hari. Semasa nak terbitkan entri itu pun ibu hanya edit beberapa ayat tanpa menyemak tarikh tu sekali lagi.
Ibu sedar tentang hal ini setelah baca komen daripada seorang rakan blogger. Terima kasih ibu ucapkan. Walau bagaimanapun, ibu mohon maaf kerana tak ingat nama rakan tersebut. Setelah pastikan tarikh yang betul, ibu terus padamkan entri tersebut. Sepatutnya tak perlulah ibu buat macam tu kan? Inilah kelemahan ibu, dari muda sampai ke tua, cepat sangat panik. Ibu mohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul berkaitan entri tersebut.
p/s: Pengajaran yang amat bernilai buat ibu. Moga kesilapan besar macam ini tak akan berlaku lagi.
biasalah tu kak..manusia mana yg tak buat silap..:)
BalasPadam