Sabtu, 15 Disember 2012

Buah Pisang Kaki


Ibu ni penggemar buah-buahan. Tak kiralah buah-buahan tempatan atau sebaliknya. Kesukaan ibu ini turut menjadi kesukaan anak². Jadi, tak hairanlah stok buah-buahan sentiasa ada dalam peti sejuk di rumah kami. Namun demikian, buah-buahan kesukaan anak² ibu ni tak sama. Ada yang suka rambutan, ada yang suka jambu batu dan ada pulak yang gemar buah epal. Jadi, kalau kami beli buah-buahan memang terus angkut bermacam² jenis buah.

 Pisang kaki yang rupanya seperti tomato

Salah satu buah yang paling ibu gemari ialah buah pisang kaki. Sekali makan memang tak cukup sebiji. Walau bagaimanapun di sini agak sukar untuk mendapatkan bekalan buah pisang kaki ni. Kalau adapun harganya agak mahal. Kebiasaannya RM1.50 sebiji, namun ada ketika harganya mencecah sehingga RM3 sebiji. Bergantung kepada musim dan bekalan agaknya.
 
Semalam ibu ke pasar raya untuk beli buah-buahan lagi. Terkejut juga ibu apabila tengok harga pisang kaki ni amat murah; RM5.99 untuk 20 biji. Bermakna hanya lebih kurang 30 sen sebiji. Ibupun apa lagi, terus sambar 20 biji.

Sejak dulu ibu perhatikan tak ramai orang Melayu yang beli buah pisang kaki. Semasa ibu beli semalam pun, rata-rata yang beli adalah pembeli yang berketurunan Cina. Agaknya memang orang Melayu tak suka pisang yang tak ada rupa pisang ni kot.

Ada tak siapa-siapa yang suka makan pisang kaki?

P/s: Ibu makan semua jenis buah. Tolak buah dam dan buah dadu je. Paling suka buah tangan.. hehe


19 ulasan:

  1. Yang gambar tu pisang kaki ke?Tak pernah nampak dan tak pernah dengar..=.=""

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Kelana Cinta.
      Sedap rasanya. Cubalah sekali pasti nak lagi.

      Padam
  2. rasanya tak pernah makan pisang kaki ni...

    done genting malaysia dan standard chartered...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah makan sekali, sedap tau..
      Terima kasih Ruha

      Padam
  3. sy belum pernah makan buah pisang kaki ni,pernah lh dengar nama buah yg pelik ni..
    rasanya gimana ya,pasti sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedaplah rasanya Saly.. Cubalah sekali

      Padam
  4. Pisang kaki one of my favourite!! :D sedapppp :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap tapi tak ramai yang makan.. Rugi kan?

      Padam
    2. itu lah,kawan In 1st time makan terus suka :D kena promote banyak-2 ... hehe ^^,

      Padam
  5. sy suka semua jenis buah..pisang kaki ke pisang tgn ke layan jer.hiks..

    BalasPadam
  6. wah sy tak pernah makan lagi dan tak kenal buah ni...kalau pg supermarket mesti ingat tomato...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah makan Timi.
      Sedap rasanya lebih kurang rasa ciku tapi rangup

      Padam
    2. Kat mne ade jual buah ni?..

      Padam
  7. tomato pernah lah makan.. pisang kaki langsung tak pernah... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah makan Mia. Sedap tau.

      Padam
  8. kat mana yg murah sgt tu.. Habis murah pnh jmpa pn 7bj rm5..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya di mana-manapun tgh murah sekarang. tapi rasanya tak lama. beberapa hari lepas dah naik 15 biji utk rm5.99

      Padam
  9. Memang sedap, kawan yg kenalkan dgn buah ni. katanya sedap sangat. bile try memang sedap...lebih sedap dari jambu. manis ...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA