Jumaat, 7 Disember 2012

Sambal Biji Getah a.k.a Sambal Rong


Ingat tak, sebelum ini ibu pernah berbicara tentang Kenangan Bermain Laga Biji Getah. Kali ini ibu nak ceritakan tentang satu lagi kegunaan atau lebih tepat, keistimewaan biji getah. Percaya tak jika ibu katakan yang biji getah ni boleh dimakan. 

Makan biji getah? Tak ada benda lain ke nak makan? Sudah pasti itulah antara persepsi yang wujud apabila diberitahu yang biji getah ni boleh dimakan. 

Sebetulnya, biji getah memang boleh dimakan tetapi bukanlah macam makan kacang goreng atau kacang rebus tu ye.. Biji getah perlulah diproses terlebih dahulu sebelum menjadi bahan atau perencah dalam masakan. Buah getah sebenarnya tidak memabukkan seperti tanggapan sesetengah orang. Kalau mabuk, dah lama kera di sini pupus sebab kera memang suka makan buah getah. 

Hari ini ibu nak tunjukkan macam mana nak buat sambal biji getah atau lebih dikenali dengan sambal rong.

Sambal Rong 

Bahan-bahan:
Cili padi
Biji getah
Garam
 
Cara Membuatnya:

    • Kopek kulit biji getah yang keras untuk mendapatkan isinya yang berwarna putih, lembut dan kenyal. *Senang cerita, ketuk aje dengan lesung batu.

    • Kemudian, buang kulit arinya. Pekerjaan yang ini memang agak cerewet. Jika nak mudah, jemur dulu isi biji getah ni sehingga kulit arinya kering dan lekang daripada isi.  
    • Tumbuk cili bersama sedikit garam sehingga lumat. Masukkan biji getah dan tumbuk lagi sehingga biji getah lumat. 

    • Setelah lumat, tepekkan di dalam kuali leper atau tudung periuk.  *jika nak sambal yang garing, tepek nipis-nipis. 

    • Bakar di atas api yang perlahan hingga sambal masak atau garing.

     Inilah rupa sambal rong yang ibu buat semalam.

    Sambal rong ini boleh dimakan begitu saja atau dimakan bersama ulam-ulaman. Ibu suka makan dengan pucuk gajus, tenggek burung, ulam raja, atau pegaga. Kalau nak makan dengan ulam, selalunya ibu relaikan dulu sambal ni.

    Kredit foto: maz1506.blogspot.com

    p/s: Nanti ibu ceritakan pulak tentang asam rong dan gulai rong.




    36 ulasan:

    1. baru tahu boleh makan biji getah
      dulu biji getah buat laga jer (masa kecil) hehehe

      BalasPadam
      Balasan
      1. Terima kasih atas kunjungan Sop.
        Memang tak ramai yang tahu. Di Pahang sendiripun hanya daerah-daerah tertantu je yang tahu.

        Padam
    2. batul ke ni?baru tau hari ni.tingin gak nak rasa.dulu kecik2 buat main congkak je dgn lastik burung .

      BalasPadam
      Balasan
      1. Betul Ina.. Memang sedap rasanya. Ramai rakan dari luar Pahang yg terpikat dgn masakan berasaskan biji getah ni. nanti akak buat lagi entry pasal masakan dari biji getah ni.

        Padam
    3. Balasan
      1. Memang tak ramai yang tahu pasal ni..
        Nanti akak buat lagi entry pasal masakan berasaskan biji getah ni.

        Padam
    4. Alahai Sal kakak tak tahupun walaupun kakak org kampung betul. Kalau kebun getah bapak kakak banyak bijinya tapi sekarang upahkan pada org. Biasa anak kakak bila balik kg kutip buat main.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Memang tak ramai yang tahu Kakzakie.. Kini, biji getah memang berharga di beberapa daerah di Pahang.

        Padam
    5. sya pernah jga dgr org wat tempe guna biji getah ni tp xprnh rasa, yg akak wat ni pun xprnh tgk, tp nmpk cam sdp je :)

      BalasPadam
      Balasan
      1. Memang sedap! Mungkin suatu hari nanti boleh cuba. Pengunjung yang datang ke Jerantut biasanya akan cari masakan berasaskan biji getah ni.

        Padam
    6. bukan sekadar boleh makan, bahkan biji getah ni sedap dimakan! Ala mi..dah buat semalam baru cerita hari ni..mesti dah habis kan? Jangan lupa kalau buat lain kali kolling2 la..

      BalasPadam
      Balasan
      1. Hanya yang pernah makan tahu betapa sedapnya masakan dari biji getah ni kan Najmiah! Kalau masak sayur rampai tu saya ratah je..

        Padam
    7. Wah...nmpk sedap...1st time jugak dgr psl bj getah boleh mkn...

      BalasPadam
      Balasan
      1. Memang sedap! kalau nak rasa jemputlah ke Jerantut..

        Padam
    8. Assalamualaikum ibu, sedapnya. yang sheila pernah makan biji nangka / cempedak. rebus pastu makan. hehehe. itu makanan sheila waktu kecil. sedap eh sambal rong ni? ibu, sheila nak minta tunjuk ajar camne buat widget tab SHOUT + BLOGLIST + ARCHIVE + LABEL maccam ibu punya.. sheila buat tak menjadi langsung. mohon bantu ibu :)

      BalasPadam
      Balasan
      1. Memang sedap, Seila..
        Macam mana dgn tabber widget. Dah jadi ke?
        Ibu dulupun cuba banyak kali. Ikut betul2 step yg diberikan dlm tutorial tu, Insya-Allah menjadi

        Padam
    9. baru tahu biji getah boleh makan :D slalu din buat main je :)

      BalasPadam
      Balasan
      1. Tak ramai yang tahu, Din..
        Orang Pahang sendiri tak semua tahu.. hanya tempat2 tertentu je..

        Padam
    10. sambal rong..? 1st time dengar... :)

      psst: blog ibu okay... font pun okay aje... ^_^

      BalasPadam
      Balasan
      1. Ruhapun tak pernah dengar ye?
        Kalau tak silap, Chef Wan pernah buat masakan drp asam rong dlm satu rancangannya di tv. Dalam akhbarpun pernah keluar. Beberapa bulan sudah ada juga dlm rancangan di TV3(WHI rasanya..)

        Padam
    11. La..baru M tau..kalau x mmg buat x peduli ja kat biji getah ni..

      BalasPadam
    12. wawa... nak share... tkejut juga bnda ni ble kn makan.. hehe

      BalasPadam
    13. Eh leh makan ker? Tenggek burung tu ape?

      BalasPadam
    14. slm kenal jugak..tq sudi singgah ke blog QH..

      opsss cukup jakunn..pestime tgk..xtahu la pula biji getah boleh didambalkan..dlu kecik2 selalu buat main aje biji getah ni..hihi

      BalasPadam
    15. ibu dlu saya budak budak pun ade gak nmpak org tua tua dlu mkn biji getah..die makan mentah2 mcm tu jer...

      BalasPadam
    16. wah tak pernah try lagi ni....tak sangka boleh makan plak biji getah...

      BalasPadam
    17. miza baru tahu biji getah boleh dimakan. teringat masa kecik-kecik main masak-masak guna biji getah lepas tu buat congkak tanah dan gunakan biji getah. alahai, nostalgianya :)

      BalasPadam
    18. uih terliur saya kak... memang makan macam rangup2 gitu ker kak?... tak sabar nak tunggu entery akak untuk asam rong

      BalasPadam
    19. baru tau leh mkn biji getah... >.<

      BalasPadam
    20. SALAM TUAN RUMAH..
      saya tahu sambal ni..penah makan zaman kecik2 dulu
      arwah nenek yg buat..skrg susah nak dapat lagi

      BalasPadam
    21. macam sedap je...mmg kena cuba buat ni....blk kg cari buah getah la lok..:)

      tgh blaja memblog..blh ler singgah.. http://eksploria.blogspot.com

      BalasPadam
    22. saya suka sambal ni! sedapppp

      BalasPadam
    23. http://sun3tpini.blogspot.com/2013/10/sambal-rom.html

      BalasPadam
    24. Uih?????? Dulu buat main je biji ni.. boleh makan la...

      BalasPadam
    25. Tanpa Nama09 Ogos, 2014

      Mcm sdp je........

      BalasPadam
    26. biji getah ni kalau dijemor,,lepas tu diblender.peram ngan santan boleh buat umpan ikan patin.. betul ke? maaf kalo salah ruangan, soalan saya ni...

      BalasPadam

    Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

    COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA