Saat menghadapi musibah walau sekecil manapun kita sering bertanya, "Mengapa jadi begini?" atau "Mengapa aku?". Tidak kurang juga, segala musibah disambut dengan rasa terkejut, kecewa, sedih mahupun marah.
Bukankah tatkala dilanda musibah, Rasulullah SAW telah menganjurkan kita agar mengucapkan
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali. Ya Allah, kurniakanlah pahala atas musibah yang melandaku ini, dan gantikan untukku suatu yang lebih baik darinya." (HR Muslim 2/632).
Itulah cerminan seorang muslim yang mampu menerima setiap takdir daripada Allah dengan sebuah kesabaran.
Kita perlu ingat bahawa setiap daripada kita tidak sunyi daripada ujian Allah. Terkadang, ujian datang bertimpa-timpa. Saat itu, mulalah hati resah, hidup menjadi tak tentu arah, setiap yang dikerjakan pula dirasakan susah. Barulah kita insaf, barulah ingat di mana Allah.
Kita perlu ingat bahawa setiap daripada kita tidak sunyi daripada ujian Allah. Terkadang, ujian datang bertimpa-timpa. Saat itu, mulalah hati resah, hidup menjadi tak tentu arah, setiap yang dikerjakan pula dirasakan susah. Barulah kita insaf, barulah ingat di mana Allah.
Yakinilah sesungguhnya setiap musibah dan ujian hidup adalah bukti kasih
sayang Allah kepada kita. Allah datangkan pelbagai ujian dan musibah
kepada kita kerana Dia tahu kita adalah hamba yang mampu menghadapi ujian-Nya.
Ketika ditimpa musibah dan cubaan, renungkanlah bahawa...
- Manusia dan hartanya adalah milik Allah. Setiap satunya akan kembali kepada penciptanya.
- Allah akan menggantikan sesuatu yang hilang dengan yang lebih baik.
- Mengeluh hanya akan menambah derita, bukan menghilangkan musibah.
- Berkeluh kesah hanya membuatkan musuh kita senang manakala Allah akan murka.
- Sabar dan mengharap pahala itu lebih besar ganjarannya daripada mengharap yang telah hilang itu kembali.
- Sikap redha terhadap musibah disenangi Allah.
- Allah tidak akan menimpakan musibah untuk membinasakan hamba-Nya, bahkan untuk menguji kekuatan iman hamba-Nya.
- Musibah datang untuk menghindarkan kita daripada sifat riak dan sombong.
- Adalah lebih baik merasai kepahitan hidup di dunia untuk mendapatkan kelazatan kehidupan di akhirat.
Jangan biarkan ujian dan musibah menjarakkan kita dengan Allah. Ambillah pengajaran daripadanya buat bekalan menempuh kehidupan.
Kredit:Google image
P/s: Sebagai peringatan buat diri sendiri juga agar tabah menghadapi ujian demi ujian.
Assalamualaikum ibu, terima kasih berkongsi ilmu.. baru semalam sheila kena marah dgn bos, pastu nangis tapi skrg dah ok. lepas think positive dan muhasabah diri, alhamdullilah :)
BalasPadamBetul Sheila, kena berfikiran positif. Itulah yang akan buat kita semakin sabar dan tabah.
PadamAssalamualaikum...
BalasPadammemang betul, kalo tak diuji sebegini bukan manusia beriman kepada Allah.
Terima kasih memperingati diri saya sendiri.
semoga Allah membalas kebaikan kita di dunia & akhirat kelak.
Benar, Mazri. Jika tak diuji kita pasti leka dan hanyut dlm arus dunia ni.
Padamaaminn.. kite susah nak marah sangat@amik hati smpai berhari hari tapi kalau sampai limit kite tak tahan jugak. Thanks bagi doa ni.. =)
BalasPadamAllah maha mengetahui, Maria.. Kita diuji dan terus diuji kerana Dia tahu kita mampu menghadapinya. Cuma kita kena kuat dan teus kuat.
PadamSentiasa berfikiran positif,nanti yang datang in syaa Allah positif juga .. ye tak ? :)
BalasPadamsetuju...saya tahun nie mmg malang sgt...tapi alhamdulillah saya mampu sabar..ya...Allah sedang menguji :) dan Allah ganti yang lebih baik pada saya...
PadamSetuju.. Sabar itu paling utama. Andai kita sabar, insyaallah jiwa akan tenang.. (berdasarkan pengalaman juga)
PadamMenempuh musibah ada caranya.Bukan mengharung tak tentu hala.Terima kasih untuk perkongsian...
BalasPadamBetul Kelana Cinta.
PadamSentiasalah bersangka baik dgn Allah. Insyaallah dapat membentuk sifat positif yang lain bagi mengharungi dugaan.
Assalam..ibu sihat tak???
BalasPadamdah lama tak jenguk ibu salmi :)
Waalaikumussalam Fariz.
PadamAlhamdulillah sihat.
Terima kasih sudi berkunjung ke sini.
betul tu sis...kadang2 mungkin terlupa bhw smuanya adalah miliknya dan akan kembali kepadanya...
BalasPadamMemang yang itu kita selalu lupa. Setelah beroleh apa yang dihajati, kita berasakan itu adalah hak mutlak kita. Tapi hakikatnya, semua itu hanyalah pinjaman.
Padamkena kuatkan semangat dan tempuhi dengan sabar..
BalasPadamBetul tu Mia. Kunci segala kejayaan.
PadamEntry yg bermanfaat ni Ibu..Tq for sharing..
BalasPadamSama-masa M..
Padamterima kasih ibu...
BalasPadamharus sabar menghadapi musibah...
Sama-sama Ruha..
PadamBetul, sifat sabar tu sangat tinggi nilainya.
Allah takan beri apa yang kita minta malah Allah akan beri apa yang kita perlu..
BalasPadam