Rabu, 19 Disember 2012

Gulai Lemak Tulang Ayam

Kelmarin dah tak ada idea nak masak apa. Jenguk dalam peti sejuk, ada beberapa ekor ikan kerisi dan tulang ayam yang isinya dah ibu ambil untuk masak beberapa hari sebelum ni. Kebiasaannya, tulang tu ibu buat sup tapi nak buat sup lagi, rasa jemu pulak. 

Memandangkan masih ada sekotak santan segera, ibu ambil keputusan untuk masak gulai lemak tulang ayam. Lagipun dah agak lama tak masak lemak. Kalau masak lemak, ibu suka buat pedas-pedas baru ada umph...    

Gulai Lemak Tulang Ayam

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg tulang ayam  
  • 2 biji kentang
  • 1 kotak santan segera
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai - dititik
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam
  • Air secukupnya

Bahan kisar/tumbuk:
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 2 cm kunyit hidup

Cara Memasak:
  1. Kupas kentang dan potong empat.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali asam keping dan daun limau purut.
  3. Masak di atas api kecil sehingga tulang ayam masak dan dan kentang empuk.
  4. Masukkan daun limau purut, asam keping dan garam.
  5. Didihkan seketika dan tutup api.
P/s: Tak rajin nak ambil daun kunyit di luar rumah. Jadi, letak aje daun limau purut yang ada dalam peti sejuk. Cili padi tu boleh dikurangkan mengikut kesukaan masing-masing. 


22 ulasan:

  1. Assalamualaikum. malam tadi sheila masak ni! hehe tapi terlupa taruk kunyit hidup/serbuk pasal tak perasan sangat! baru je tadi teringat. hahahaha thanks for sharing recipe ibu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikum salam Sheila. Sheilapun suka ye. Terlupa letak kunyit ok lagi kot hanya rupa je pucat sikit.

      Padam
  2. lmbtnya masa nk blk kerja .. huhuhh tetiba lapar tgk lauk tue .... ^^

    BalasPadam
  3. nampak sedap je ni. hehe. tak pernah lg masak gulai lemak letak daun limau purut. selalu letak daun kunyit je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun biasanya letak daun kunyit tapi hari ni daun limau purut je ada dlm peti sejuk.. Tapi ok, adalah kelainan

      Padam
  4. br makan dua hari lepas..mak masak..heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali bolehlah CikZaniff pulak yang masak. hehe

      Padam
  5. Sekali sekala tukaq resepi sedap ni...bleh try

    BalasPadam
  6. salam ka mie...sedap tu kak mie...saya ni hampir tiap2 cuti hari minggu saya masak lemak...biasa masak lemak kuning atau kari...sebab hari keje masak goreng2 biasa2 aja...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak jarang masak lemak Sya. Anak2 kurang suka. Kalau masak juga kena cukup segala rasa baru anak2 berselera.

      Padam
  7. Sedap tu Sal, tp saya la ni tak boleh dah makan makanan yang berminyak dan bersantan ni... atas nasihat doktor... frust banyak benda dah x boleh makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eloklah untuk kesihatan, Sweetie. Sayapun jamah sikit je. Dalam usia sekarang, banyak benda yang tak boleh makan.

      Padam
  8. Sedapnya. Dah lama tak masai gulai lomak cili api nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni bolehlah masak, Fiza

      Padam
  9. sedapnya ibu... terliur tengok... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sory Ruha. Tak sempat jemput makan. Jemput tengok ajelah..

      Padam
  10. favourite sy ni....mmg terbaek...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sangka rupanya ramai yang gemar gulai lemak tulang ayam ni..

      Padam
  11. wah lama dah tak makan gulai lemak ni...biasa makan gulai mamak je...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gulai mamak lebih sedap kot, Hatimi..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA