Akhirnya penantian penuh debaran berakhir juga. Semalam, 19 Disember 2012 telah diumumkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Buat anak-anak yang cemerlang,
Tahniah diucapkan. Akhirnya segala jerih-perih selama ini berbayar sudah. Sesungguhnya, kejayaan kalian turut membahagiakan banyak pihak. Ibu bapa, sanak saudara, guru-guru dan sahabat handai sudah tentu gembira bersama-sama kalian.

Namun ingatlah, kejayaan yang berada dalam dakapan kalian hari ini hanya pinjaman. Justeru, jangan sesekali lalai dan leka. Perjalanan kalian masih jauh. Perjalanan ini bakal menuntut pengorbanan yang lebih besar daripada kalian. Larry Bielat pernah berkata, "Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik." Moga kalian terus cemerlang dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Buat anak-anak yang belum cemerlang,
Jangan sekali-kali berputus asa kerana masih banyak peluang lain yang boleh kalian raih. Jangan sesekali berhenti untuk mencuba. Henry Ford pernah berkata, “Kegagalan itu merupakan satu kesempatan untuk mendapatkan peluang yang lebih baik.” Justeru, jadikan kegagalan itu sebagai satu proses menuju kejayaan dengan memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan.
Thomas Alpha Edison adalah orang yang paling gagal tetapi dia jugalah yang paling berjaya. Beliau mengalami kegagalan demi kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Justeru, jangan terus meratapi kegagalan hari ini. Bangkitlah walaupun telah jatuh berkali-kali. Ingatlah, kejayaan adalah milik setiap insan. Orang yang gagal adalah orang yang telah berhenti untuk mencuba.

Ps: Tahniah buat dua orang anak saudara ibu, Afham Zafran dan Muhammad Ariffuddin.
betul tu...kepada sesiapa yg kurg cemerlang dalam PMR bukanlah bererti dunia dah berakhir...masih ada peluang utk lebih berusaha dalam SPM...
BalasPadamapa2 pun tahniah kepada semua calon2 PMR yg cemerlang smlm termasuk 2 org anak saudara ibu tu...
Terima kasih Hatimi.
PadamSetuju, yang penting jangan mudah berputus asa.
Tahniah buat semua calon PMR.
BalasPadamYa, tahniah buat mereka. Khabarnya, pencapaian murid luar bandar lebih baik tahun ni.
Padamsalam ukhuwah..
BalasPadamTahniah kpd anak2 PMR juga kepada anak2 buah..
Salam ukhwah, Sal.
PadamTerima kasih..
tahniah buat mereka...
BalasPadamtahniah juga buat anak2 buah ibu... ^_^
Terima kasih Ruha..
Padamin syaa Allah .. Perlu berusaha gigih :)
BalasPadamYa, Nazmin.
PadamKena jadi yang terbaik.
Gembira bila dengar berita anak2 melayu berjaya mendapat keputusan cemerlang..
BalasPadamBatul tu Cik Rose.
PadamDengar khabarnya pencapaian murid luar bandar lebih baik kali ni.
Tahniah kpda yg berjaya...juga tahniah kpda anak buah akak...
BalasPadamTerima kasih MP!
PadamYa, moga yang kurang berjaya tu bangkit semula meneruskan perjuangan
BalasPadamtahniah pd yg berjaya. TQ share cerita juga ye
BalasPadamsalam,akak.
BalasPadamsy tag akak...hehe ^_^
http://coretanhatisigadis.blogspot.com/2012/12/kind-of-girlboy-that-im-attracted-by.html
Waalalikum salam Aisyah.. Insyaallah akak join andai berkesempatan
PadamKejayaan milik semua, teruskan usaha, jangan putus asa.
BalasPadamTahniah kepada yang berjaya termasuk kepada kedua2 anak saudara Mi.
Terima kasih Ummi..
Padam