Isnin, 17 Disember 2012

Hantaran Pertunangan


Seperti yang ibu nyatakan dalam entri 1.2.34 ♥ 1 Safar 1434 Hijrah ramai yang mengambil kesempatan untuk mengabadikan tarikh unik tersebut dengan melangsungkan majlis istimewa untuk dikenang sepanjang hidup.  
Salah seorang yang tidak mahu melepaskan peluang melakar kenangan sekali seumur hidup ini adalah sepupu lelaki ibu yang telah melangsungkan pertunangannya semalam. 
 
Helmi minta ibu siapkan 5 dulang hantaran untuk bakal tunangnya. Untuk hiasan dan gubahan, dia menyerahkan sepenuhnya kepada ibu. Jemputlah tengok hasil kreativiti ibu yang tak berapa nak kreatif ni.

 Dua bekas pilihan ibu

 Gubahan kain pasang bersama sehelai selendang.
Gubahan paling ringkas ibu buat kerana tidak mahu merosakkan kain.

Gubahan telekung

  Gubahan sirih dan buah-buahan. 
Belum siap sepenuhnya ketika gambar ini diambil.

 Bekas cincin untuk 2 bentuk cincin; cincin merisik dan cincin pertunangan.

Alhamdulillah, nampaknya Helmi suka dengan hasil tangan ibu ni. Kalau nak tengok hasil tangan ibu yang lain boleh jengah ke sini, sini dan sini.



20 ulasan:

  1. xseberapa ? cantiklah ibu.. bole la buat tutorial gubahan.. hehe senang saya nak belajar :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah, jika berkesempatan nanti ibu ambik gambar step by step ye..

      Padam
  2. comel nyer gubahan kain telekung..heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nugrul.. Gubahan simple je tu. Main punjut-punjut je.

      Padam
  3. tahniah kepada Helmi....gubahan bekas cincin tu smart lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bagi pihak Helmi..

      Padam
  4. Assalamualaikum ibu, cantiknya gubahan ibu! ibu memang kreatif lah! suka tengok :)

    BalasPadam
  5. Kalau tangan kreatif bagi apa saja boleh menjadi. Tuan punya badan dah gembira memang patut pun sebab cantik.

    BalasPadam
  6. kreatif la kak... tangan berseni.. bg je benda terus jalan :)

    BalasPadam
  7. cantiknyer...mmg nmpk pro gubahan tu kak..

    BalasPadam
  8. wahhhh cantiknya... kreatif dan ada bakat... bestnya kak salmi.

    BalasPadam
  9. cantiklah ibu... kreatif...

    BalasPadam
  10. kreatif..cantik sgt...

    BalasPadam
  11. Ibu, bekas itu cantik.
    beli di mana ya?

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA