Isnin, 3 Disember 2012

Rezeki Bersegmen

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Meriahnya dunia blogging sepanjang cuti sekolah ini. Bermacam-macam segmen dan giveaway dianjurkan oleh para blogger. Banyak juga segmen dan giveaway yang telah ibu sertai. Bukan hadiah yang dikejar tetapi sekadar ingin memeriahkan dunia maya ini di samping menambah kenalan. Jika menang, Alhamdulillah, itu bonus buat ibu.
Antara segmen yang telah ibu sertai ialah segmen Jom Jadi Followers Awekcool.com. Beberapa hari lepas, Zuhanif, tuan punya Awekcool.com telah mengumumkan nama-nama pemenang dalam entrinya di siniAlhamdulillah, nama ibu tersenarai antara pemenang.

Ibu juga terpilih antara pemenang cabutan bertuah bagi SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!! yang diumumkan oleh Ain dalam entrinya di sini. Jadi, blog ibu akan tersenarai di bloglist Ain selama sebulan. Harap-harap terus kekal. hehe..

SuaraHati: Terima kasih Zuhanif! Terima kasih Ain! Lepas ni bolehlah buat segmen lagi.


23 ulasan:

  1. mmg meriah smpai tak ckup post nk join...heheh tahniah ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah Yana.. Jadi seronok pulak. hehe..

      Padam
  2. waa..tahniah kak.. :)
    erm, betul tu kak..bukan hdiah semata2 yang dikejar, hrap dapat memeriahkan dunia blogging disamping support mereka..hadiah adalah bonus.. :)
    semua tu bergantung pada rezeki.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mimie, terasa kemeriahannya. Dah macam musim segmen pulak.

      Padam
  3. wah .. bestnye .. tahniah :)

    BalasPadam
  4. tahniah ya... kak salmi....

    BalasPadam
  5. tahniah kak... rajin ea join.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih myfirdz. Join utk beri sokongan pada rakan2.

      Padam
  6. Tak pernah menang....he...he.. apa pun dapat kawan pun dah cukup bersyukur!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Hainom.. Turut serta utk beri sokongan kpd rakan2 je. paling seronok jika kawan bertambah.

      Padam
  7. Assalamualaikum, saya ada review blog ibu. sila singgah ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sheila.. Akak dah baca dan dah buat entry pasal tu..

      Padam
  8. tahniah... pasti meriah juga dunia blog sekarang nih...

    BalasPadam
  9. seronok join walaupn x menang kan, kadang2 xmenang tangan nak joinn.. kiki
    sekali lagi tahniah ibu sebab sporting :D

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA