Isnin, 24 September 2012

Hantaran Perkahwinan Anak Saudara


Isnin datang lagi (dah nak berlalu sebenarnya). Semalam teratak ibu ni sepi lagi. Nasib baik ada rakan-rakan yang menyinggah. Terima kasih kepada yang sudi singgah dan meninggalkkan komen. Terima kasih juga bagi yang baru datang dan sudi menjadi rakan ibu.

Malam ni ibu nak buat entry pasal minat ibu; gubah-menggubah. Beberapa hari lepas ibu ada buat entry tentang Mencari Idea untuk Hantaran Perkahwinan. Alhamdulillah, setelah beberapa hari mencari idea, akhirnya semalam siap juga lima buah hantaran.

Sebenarnya, gambaran idea untuk menghias bekas hantaran dah ada sebelum ibu beli barang-barang keperluan. Jadi, tiada masalah untuk ibu menghias bekas tu. Tambahan pula, hiasan untuk kesemua bekas hantaran serupa je.. Yang menjadi masalah ialah menyusun barang-barang hantaran di dalam bekas yang telah siap dihias. 


Nampak simple je namun untuk mendapatkan hasil macam ni ibu terpaksa buat berulang kali. Sejadah ni tebal, jadi susah nak lipat.

 
Yang ini tiada masalah. Masukkan je barang-barang yang dah dibalut kemas ke dalam bekas yang dah dihias.

Gubahan macam ini je yang dapat ibu buat. Dah cuba pelbagai gaya namun tak menjadi sebab bekas ni comel sangat.

 
Yang inipun nampak simple tapi agak cerewet untuk menyiapkannya. Bunga-bunga oren tu digamkan satu-persatu supaya tak berguguran semasa berarak nanti. 

 
 Ini yang terakhir ibu buat semalam. Perfume ini dah dibungkus cantik sebenarnya tetapi bungkusannya terlalu besar. Jadi, tengah malam semalam terpaksalah ibu buatkan tempat baru untuknya. 

Masih ada tiga gubahan yang perlu ibu siapkan termasuk gubahan mas kahwin. Dah siap nanti ibu ibu kongsikan di sini. 

P/s: Ketara sangat tuan blog tak pandai ambik gambar. Semua gambar diambil dari depan. Sudahnya, bunga hiasan tu nampak besar gedabak.


14 ulasan:

  1. cantik dan nampak kemas....suka le kak ibu salmi

    BalasPadam
  2. Cantiknya...
    Suka kerja tangan Kak Salmi ^_^

    BalasPadam
  3. cantik dan kreatif!! bekas hantaran tu mesti mahal kan?

    BalasPadam
  4. Cantiklah...kreatif jugak ibu nie...

    BalasPadam
  5. cantiknya...boleh mintak ajar ni gubahan2..

    BalasPadam
  6. hehe.. tak pe tak pe.. dari depan pon nampak lawa dah.. sebab ade reben kan~~ ibu amik order ea..

    BalasPadam
  7. sis mmg kreatif kalau js mau jadi lipat2 je...hihi

    BalasPadam
  8. Kalau tengok gambar..memang susah nak buat semua tu..
    Akhirny adapat juga idea...hehehehe
    Cantik sekali..
    Dalam hati..nasib baik aku dah kahwin kalau tak boleh tempah buat hantaran..kekekeke

    BalasPadam
  9. Suka dengan warna oren tu!

    BalasPadam
  10. kak mie mmg kreatif..semua cantik n sedap mata memandang....
    Tema oren ek kak mie????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolelah sikit2 Yah.. Ye, tema oren

      Padam
  11. Sentuhan yg sentiasa menjadi.. cantikkkkk.. :D

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA