Rabu, 12 September 2012

Penantian 9 bulan 10 hari berakhir jua...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Mulai semalam, seramai 517,139 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara. Akhirnya, usaha keras selama 9 bulan 10 hari bakal diuji dalam tempoh tiga hari; 11-13 September 2012. 



Di sekolah ibu, seramai 135 orang calon menduduki peperiksaan ini. Alhamdulillah, hari pertama berjalan lancar. Tiada lagi kejadian seperti tahun lepas di mana seorang murid disedari tak hadir untuk menduduki ujian hanya beberapa minit sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Setelah diturut ke rumah, rupa-rupanya, murid bertuah tu sedang lena beradu. Terpaksalah cikgu mengejutkannya dari luar rumah. Terjerit-jerit cikgu memanggil namanya sambil menggoyang-goyangkan pintu pagar.

Hari ini, para guru yang menunggu di dewan terbuka dikejutkan dengan satu lagi kejadian. Bukanlah peristiwa lama berulang kembali, namun cukuplah untuk buat para guru terkejut beruk. Seorang calon UPSR datang ke sekolah dengan memakai pakaian pendidikan jasmani. Tak pasal-pasal seorang murid terpaksa berkorban; meminjamkan bajunya untuk murid tersebut. Nasib baik juga ada yang sama saiz. Kalau tidak, bolehlah catat dalam Malaysia Book of Records. Kategori apa, lu pikirlah sendiri...

Dalam rasa geram + marah, terselit rasa simpati. Sedang ibu bapa lain bercuti untuk memberi sokongan kepada anak-anak dengan menemani mereka di luar dewan peperiksaan, ada juga ibu bapa yang tak ambil kisah. Kesian kat anak-anak ni..

p/s: Moga esok kami tidak dihidangkan dengan kejadian yang mengejutkan lagi.


9 ulasan:

  1. Budak yang bagi pinjam baju tu, pakai baju apa pulak? Bertukar pakaian ke? Hehehe... macam2...

    BalasPadam
  2. kesian bdk yg silap pkai bj tue. dpt ibu n ayah yg tak ambil tahu

    BalasPadam
  3. eh, kenapa.. parents dia lupa ke ada ujian UPSR.. kesian~

    BalasPadam
  4. saspen betul tajuk entri sal ni, ingatkan bersalin.

    BalasPadam
  5. isk2 bley plak mak bapak budak tu tak amik kisah anak nak periksa,macam2 hal sungguh!

    BalasPadam
  6. Macam hal juga rupanya....hehehheeh.
    Pasal bab tertidur sampai cikgu kena jemput..dahsyat...
    Ok..tugas cikgu ini memang berat!!

    BalasPadam
  7. Menarik tajuk entry akak ni.. mcm tempoh mengandung.. :D

    ps: tahniah buat semua guru2 yg berusaha keras.. tanpa guru siapalah kita semua..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA