Ahad, 30 September 2012

Selamat Pengantin Baru, Faizal & Nazirah..

Alhamdulillah, anak saudara ibu, Faizal telahpun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Nazirah. Majlis akad nikah telah diadakan pada malam Sabtu di kediaman pengantin perempuan di Serendah, Selangor. Persiapan perkahwinan Faizal telah ibu catatkan di sini dan sini

Majlis kenduri dan persandingan telah diadakan semalam. Selain Faizal dan Nazirah, turut bersanding ialah kakak Nazirah dan suaminya yang telah bernikah sebulan yang lalu. 


Faizal dan Nazirah dalam persalinan berona ungu

 Buat Faizal dan Nazirah..

TAHNIAH!
dan
SELAMAT PENGANTIN BARU 


Siang tadi ibu ke rumah adik ibu di Felda Tekam Utara 1, Jerantut untuk persiapan majlis menyambut menantu yang akan diadakan pada hari Sabtu minggu depan. Doakan agar segalanya berjalan lancar.


13 ulasan:

  1. Selamat Pengantin Baru... Semoga berbahagia ke anak cucu.... bersabar adalah satu senjata yang cukup hebat dalam menempuhi gerbang pintu perkahwinan....

    BalasPadam
  2. selamat pengantin baru.. semuga perkahwinan berkekalan sampai syurga.. :)

    BalasPadam
  3. selamat pengantin baru~~ ^_^

    BalasPadam
  4. Salam kak...wah tahniah utk anak saudara akak..cntik warna tema diorang..pelamin pun cntik...pengantin pulak cntik bagai pinang dibelah dua...

    BalasPadam
  5. tahniah buat pengantin..mesti meriah kenduri,pengantin pun lawa..:)

    BalasPadam
  6. selamat pengantin baru..bagai pinang dibelah 2 pengantin tu

    BalasPadam
  7. slmt pengatin baru..cantik pelamin tu

    BalasPadam
  8. selamat pengantin baru buat kedua mempelai... cantiknya dlm persalinan pengantin ungu tu...

    BalasPadam
  9. selamat pengantin baru buat kedua mempelai... cantiknya dlm persalinan pengantin ungu tu...

    BalasPadam
  10. selamat pengantin bafru..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

    BalasPadam
  11. selamat pengantin baru faizal.....oic, patut la kamar pengantin warna pink...rupanya mmg tema pink ek kak mie...

    BalasPadam
  12. semoga berkekalan jodohnya...jom semarak cinta di Galeri Malam Pertama Cameron Highlands hanya di MARDI Station CH

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA