Isnin, 17 September 2012

Mencari idea untuk Hantaran Perkahwinan

Dah lebih seminggu majlis pertunangan adik bongsu ibu berlalu namun ceritanya belum berakhir. Dan untuk ke sekian kalinya, ibu nak tepek sekeping lagi gambar yang diambil pada hari tersebut. 

 Ibu bersama emak dan adik-adik.
 
Gambar ini cukup istimewa kerana kami enam orang adik-beradik perempuan dapat bergambar bersama emak dalam suasana yang cukup ceria. Kebiasaannya, kalau bergambar asyik tak cukup korum. Kali ni, alhamdulillah semuanya ada. 

Bagi rakan-rakan yang berkunjung ke sini, jangan termuntah sudahlah ye.. Almaklum, dah beberapa hari dihidangkan dengan gambar yang sama je..

Selesai tugas menyiapkan gubahan hantaran untuk majlis pertunangan adik, ibu perlu berkreativiti lagi. Kali ini ibu perlu menyiapkan tujuh buah gubahan hantaran perkahwinan untuk anak saudara. Masa dah tak lama; tinggal seminggu je lagi.


Inilah bekas hantaran yang perlu dihias. Jika adik ibu dengan tema hijaunya, yang ini pulak tema oren. Kata anak saudara ibu, "Mak Long buatlah macam mana sekalipun asalkan warnanya oren." Susah juga nak beli barang-barang yang diperlukan kerana warna oren tak banyak pilihan. Habis semua kedai ibu terjah, ini je yang ibu dapat. 

Dalam masa seminggu ni, ibu perlu memerah otak sekali lagi. Harap-harap segalanya dipermudahkan dan ibu dapat menyiapkan kesemua 7 gubahan hantaran ini dengan baik dan memuaskan hati tuannya.


9 ulasan:

  1. saya suka tengok gmbar akak tu...memang ceria...seronoknya ada ramai adik beradik pompuan...

    InsyaAllah, akak pasti dapat mnyiapkan gubahan hntaran tu...jngn lupa bila siap nnti upload gmbar ya....

    BalasPadam
  2. tahniah utk adik akak :D

    BalasPadam
  3. seronoknya ada adik beradik perempuan yg ramai mcm tu.mesti happening kan

    BalasPadam
  4. amboi..semua nya berseri2..lama fyzz dh jenjalan blog akak...tahniah pada adik bongsu akak yer...:)

    BalasPadam
  5. nanti dah siap, jgn lupe upload tau kak salmi ;)

    BalasPadam
  6. tahniah..comey2 semuanya hehe

    BalasPadam
  7. Pakar gubahan ini..banyak tempahan sanak saudara...cayalah!!

    BalasPadam
  8. seronok tgk gmbr tu kak... mmg ceria semuanya!. samalah juga cam izan... agak sukar nak berkumpul sekali 5 beradik. sorang kat utara, sorang kat selatan... lain2 kat tengah.

    nanti jgn lupa share hantaran oren yg akak hasilkan ye. gud luck dlm memerah idea ye kak mie.

    BalasPadam
  9. Tema oren cantik juga....tak sabar nak tengok hasil gubahan nanti..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA