Khamis, 13 September 2012

Corot Sekarang, Berjaya Kemudian

Alhamdulillah, berakhir sudah peperiksaan UPSR. Semua calon tentu berasa lega kerana ujian terpenting bergelar murid sekolah rendah dah berjaya ditempuhi. Sudah tentu hari ini merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh murid-murid tahun enam. Inilah sebenarnya "hari merdeka" buat mereka (dan guru-guru mereka juga).

Bagi ibu sendiri, ibu berasa lega dan gembira kerana segala tanggungjawab yang digalas selama ini berjaya dilunaskan. Namun begitu, rasa gusar tetap bersarang dalam hati; bimbang untuk menerima keputusan yang bakal diumumkan nanti. Walaupun tahun ini tiada anak ibu yang menduduki UPSR, namun tahap kebimbangan tetap tinggi. Bagi ibu, 35 orang anak didik ibu umpama anak sendiri. Malah ada ketikanya perhatian yang diberikan kepada mereka melebihi anak sendiri.

Usaha telahpun dibuat. Sekarang kita hanya mampu berdoa dan bertawakal. Ibu selalu ingatkan anak didik, malah anak-anak sendiri agar terus berdoa sehinggalah hari keputusan peperiksaan diumumkan. Insyaallah, apa sahaja keputusannya nanti, perlulah diterima dengan redha. 

Berbalik kepada tajuk entri, sebenarnya itu adalah tajuk yang akan dibincangkan dalam rancangan SEMANIS KURMA di tv 9 jam 9.00 malam nanti. Rasanya, tajuk tu cukup sesuai dibincangkan sekarang memandangkan musim peperiksaan dahpun tiba. UPSR baru je berlalu. Tak lama lagi menyusul pula PMR diikuti dengan SPM dan STPM. Ye lah.. tidak semua murid akan mendapat keputusan cemerlang. Dalam setiap peperiksaan pasti ada yang gagal. 

Bagi yang gagal, tentu memerlukan motivasi untuk bangkit meneruskan perjuangan. Amboi, macam pakar motivasi pulak ibu ni.. Jadi, buat anak-anak dan para ibu bapa, jangan lupa tonton SEMANIS KURMA malam ni. 




6 ulasan:

  1. js suka ngan tajuk itu...mmg sesuai lah...^^

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...
    alhamdullilah,dua2 anak saya dh selesai menduduki UPSR..tinggal lagi peperiksaan Pendidikan Islam pd hari selasa nanti..utk melayakkan pergi ke SMKA @ SM biasa..

    BalasPadam
  3. salam..sya pun tgk cte semanis kurma tu..:) bedt..tp tgk pada tajuk2..hee

    BalasPadam
  4. Sukalah dengan tajuk tue..

    BalasPadam
  5. Kalau di selangor ni pelajar tak merdeka lagi, lepas UPSR ada ujian sekolah agama pula.. :D

    BalasPadam
  6. teringat Qayyum 2 tahun lepas macam mana mama bagai orang yang tak pijak tanah bila dia exam. risau dan macam2 lagi tahun depan mesti akan mengalami masalah yg sama....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA