Khamis, 30 Mei 2013

Di Manakah Nilai Cintamu?


Di manakah nilai cintamu

Di manakah nilai cintamu
Oh kasih terhadap diriku
Mengapakah kau bercumbu
Dengan dia itu
Di depan mataku

Tak kusangka sanggup hatimu
Menduakan diriku
Setelah kuberi cinta
Serta jiwa raga
Engkau musnahkannya

Di manakah nilai cintamu oh kasih
Engkau musnahkan
Di kala aku merindu
Di manakah sumpah dan janjimu dulu
Untuk bersama berdua kita bersama

Hancur hampa terima berita
Kini kau diijabkabulkan
Berbahagia dan sejahtera
Dengan dia itu
Hatiku terharu

Berlinang airmata ini
Kerana dirimu oh kasih
Tak pernah terduga hatiku
Begitu murahnya
Cintamu padaku

Ps: Sayunya hati apabila baca sms daripada seorang teman yang menyatakan hampir seluruh dirinya dah tak ada rasa; kosong setelah suaminya kahwin lagi.


11 ulasan:

  1. masyaAllah..biar btl?huhu

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ibu, kasihannya.. Ya Allah, kuatkan semangat wanita tersebut.. sedihnya ibu sheila baca ni.. orang yang kita harapkan berkasih sayang seumur hidup, pergi membawa janji manis dan tinggalkan hempedu +__________+

    BalasPadam
  3. Ya Allah.. sedihnya.. simpati nasib wanita itu.. hope dijauhkan dari berlaku benda yg sama.. teman faham apa wanita tu rasa.. kesian dia..

    BalasPadam
  4. hanya simpati dan doa yg mampu kita buat sebagai sahabat..walau apa pun terjadi..kena nikmati hidup..ksian kawan kak mie tu

    BalasPadam
  5. wanita mana yang sanggup berkongsi kasih kan kak..
    moga dia tabah hadapi ujian hidup

    BalasPadam
  6. salam kenal..jemput follow kembali :) *semoga sahabat itu terus kuat & tabah ,amin..

    BalasPadam
  7. Nauzubillah...semoga prkara sedemikian tidak menimpa kita...hati seorg wanita....bila trluka sukar utk sembuh....semoga kwn kak mie tabah.

    BalasPadam
  8. Tiada siapa yang suka bermadu... Tapi yg peliknya bila ada kisah perkahwinan yg sebegini (Merujuk kepada kisah perkahwinan sorang ustaz yang tgh hangat sekarang ni) saya tengok ramailah perempuan yang menyokong... mcm-macm hujahlah yg diberi tpi macam mana kalau terkena pada batang hidung sendiri.... saya rasa pengomen2 tu mesti meroyanlah... Seikhlas mana pun penerimaan isteri pertama... dlm hatinya pasti ada 'marah' dan se-redha apapun isteri kedua tentu ada sifat ingin menakluki sepenuhnya si suami... tak perlu cerita panjang2... hati dan perasaan serta keinginan kita semua sama saja... cuma cara saja yang berbeza.

    Maaf ya Sal dan sesiapa yg membaca komen saya ni... saya emo sikit!

    BalasPadam
  9. Ya Allah kesian nya kawan kakak tu..
    sedih plak.. hanya wanita yg akan faham hati wanita lain..harap beliau sabar & tabah..

    BalasPadam
  10. memang menyedihkan, terutama kalau lelaki itu tak berlaku adil seperti yang terjadi pada kawan saya jugak,hanya ucapan "tabah" aje lah yang mampu diucap untuk meredakan perasaan beliau, tapi tahu ianya tak cukup mengubat luka didalam.

    BalasPadam
  11. diharap kawan ibu tu boleh terima ini sebagai ujian dari Allah....pasti ada hikmahnya...rasanya apa2 pun ini adalah jodoh suami beliau....mmg berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA