Semakan Temuduga PISMP Ambilan Jun 2013
Tawaran temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 boleh diperolehi pada hari ini, 6 Mei 2013.
Makluman Penting
- Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
- Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
- Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
- Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
- Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Dokumen Penting yang Perlu Dibawa
Bagi
calon yang berjaya dipanggil untuk proses temuduga perlu membawa dokumen
penting seperti:
- Mencetak surat tawaran panggilan temuduga
- Borang butiran diri (Resume) dan
- Helaian pernyataan hasrat
Dokumen
yang diminta akan dikeluarkan di laman aplikasi semakan setelah calon disahkan
berjaya untuk panggilan temuduga tersebut.
tq info ibu...
BalasPadamgood info..
BalasPadamsalam nak tanya,resume kene bwk jugak ke?resume sendiri?
BalasPadamsalam nak tanya,resume kene bwk jugak ke?resume sendiri?
BalasPadamNana x dpt intvw ni..... :((((((
BalasPadamSkrg ni betul ke dia org intvw dr klgn yg straight As shja? Mcm mn pd org yg minat sgt jd guru cm budak2 yg 6A ke? intvw pn x dpt! Kdg2 bdk2 yg straight As bukan betul2 minat pn jd guru! rs cm x adil tu........