Khasiat peria yang dikenali juga sebagai kambas sudah diketahui sejak zaman dahulu lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir.
Kebaikan Peria
- Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.
- Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
- Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.
- Pakar perubatan China menggunakan air rebusan peria untuk merawat penyakit asthma dan haid yang terlewat.
- Peria juga dikatakan memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.
Lebih menarik, kajian di luar negara mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.
Biarpun setakat ini, belum ada kajian sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan pahit tersebut boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membaikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia.
Sumber: Berita Harian Online
Peria cicah budu. sgt awesome
BalasPadamperia ni sedap kalau masak dengan cili boh, udang dan santan sikit..tak berkuah sangat tapi fav abah saya ni :)
BalasPadamooh utk ubat aids dan hiv pon boleh rupanya....
BalasPadamPahit tapi banyak khasiatnya....
BalasPadamBoleh digoreng rangup resepi mamak...sedap berselera....nanti tak payau dah... :)
PadamSalam gerimis selamat malam Salmi...dari Ummi :)
BalasPadamPeria ni memang banyak khasiatnya...walaupun pahit, boleh juga dibuat ulam atau digoreng rangup makan dengan nasi panas-panas.... :D
Mr M skrg ni amalkan minum jus peria jepun....eeerrrkkkk yah xtahan dgn baunya tu....
BalasPadamKerabu peria...sedap!
BalasPadamDatang mengunjungi blog sahabat,..... semoga tambah ramai dan semakin banyak orang yang mengunjungi :)
BalasPadamerr.. tgh membayangkan peria.. dh lama x mkn ni.. sedappp
BalasPadamIni sayur favorite saya Sal! Suka rasa-rasa pahitnya tu... Kalau goreng jgn layu-layu sangat...
BalasPadamMemang banyak khasiat peria ni kan, untung sapa2 yang suka makan sayur peria ni.
BalasPadamtakleh nak buat apa.... tekak mia tak leh terim peria la kak salmi... huhuhu
BalasPadamVery good write-up. I absolutely love this site. Thanks!
BalasPadamFeel free to visit my web blog Maho Sawai Experiences Ass Play
Bila selalu makan. Dah terbiasa dgn pahitnya. Elok untuk darah tinggi.
BalasPadamBlh mencairkan drah pekat kerr minum jus peria nie...hehehe..nak cuba lah...
BalasPadamsaya suka makan peria. pahit tapi sedap berkhasiat ...
BalasPadam