Ahad, 19 Mei 2013

Khasiat Peria


Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden. Walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.  
Khasiat peria yang dikenali juga sebagai kambas sudah diketahui sejak zaman dahulu lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. 


Kebaikan Peria
  • Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.  
  • Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
  • Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.  
  • Pakar perubatan China menggunakan air rebusan peria untuk merawat penyakit asthma dan haid yang terlewat.
  • Peria juga dikatakan memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.  

Lebih menarik, kajian di luar negara mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Biarpun setakat ini, belum ada kajian  sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan pahit tersebut boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membaikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. 

Sumber: Berita Harian Online


17 ulasan:

  1. Peria cicah budu. sgt awesome

    BalasPadam
  2. peria ni sedap kalau masak dengan cili boh, udang dan santan sikit..tak berkuah sangat tapi fav abah saya ni :)

    BalasPadam
  3. ooh utk ubat aids dan hiv pon boleh rupanya....

    BalasPadam
  4. Pahit tapi banyak khasiatnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh digoreng rangup resepi mamak...sedap berselera....nanti tak payau dah... :)

      Padam
  5. Salam gerimis selamat malam Salmi...dari Ummi :)

    Peria ni memang banyak khasiatnya...walaupun pahit, boleh juga dibuat ulam atau digoreng rangup makan dengan nasi panas-panas.... :D

    BalasPadam
  6. Mr M skrg ni amalkan minum jus peria jepun....eeerrrkkkk yah xtahan dgn baunya tu....

    BalasPadam
  7. Kerabu peria...sedap!

    BalasPadam
  8. Datang mengunjungi blog sahabat,..... semoga tambah ramai dan semakin banyak orang yang mengunjungi :)

    BalasPadam
  9. err.. tgh membayangkan peria.. dh lama x mkn ni.. sedappp

    BalasPadam
  10. Ini sayur favorite saya Sal! Suka rasa-rasa pahitnya tu... Kalau goreng jgn layu-layu sangat...

    BalasPadam
  11. Memang banyak khasiat peria ni kan, untung sapa2 yang suka makan sayur peria ni.

    BalasPadam
  12. takleh nak buat apa.... tekak mia tak leh terim peria la kak salmi... huhuhu

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama23 Mei, 2013

    Very good write-up. I absolutely love this site. Thanks!


    Feel free to visit my web blog Maho Sawai Experiences Ass Play

    BalasPadam
  14. Bila selalu makan. Dah terbiasa dgn pahitnya. Elok untuk darah tinggi.

    BalasPadam
  15. Blh mencairkan drah pekat kerr minum jus peria nie...hehehe..nak cuba lah...

    BalasPadam
  16. saya suka makan peria. pahit tapi sedap berkhasiat ...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA