Penggunaan racun serangga berasaskan kimia dalam jangka masa panjang memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar. Kini kita boleh mengambil jalan alternatif dengan menyediakan sendiri semburan serangga daripada bahan-bahan semula jadi. Sediaan ini lebih mesra alam dan mesra pengguna kerana tidak meninggalkan sebarang kesan negatif jika digunakan secara berlebihan.
Semburan bawang putih
Satu labu bawang putih ditumbuk sehingga hancur dan campurkan dengan 1 liter air. Campuran ini dijerang atau dimasak selama lebih kurang lima minit dengan api sederhana. Apabila air mula menggelegak, tutup api dan biarkannya sejuk. Tapiskan dan air ini boleh digunakan sebagai semburan untuk mengawal serangan serangga perosak.
Semburan bawang merah
Rendam beberapa biji bawang merah selama beberapa hari. Jus yang sudah ditapis bolehlah dijadikan semburan untuk menghalang serangan kulat. Lakukan amalan ini 2 minggu sekali atau 2 kali seminggu pada tanaman hiasan yang sudah dijangkiti.
Ilmu yg sangat bermanfaat
BalasPadamwow terima kasih atas info kak. baru tahu. sebelum ni cuma tahu mengenai jangan simpan bawang merah yang sudah dipotong. sebab bawang menarik bakteria
BalasPadamAkakpun baru tau..
PadamSama berkongsi ilmu
wah ! baru tahu, byk gak kebaikan bwg ni..
BalasPadamTuan blogpun baru tahu dan terus berkongsi ilmu di sini..
Padamilmu baru ni kak mie..TQSM 4 sharing.
BalasPadamSama-sama kita berkongsi ilmu Yah. Akakpun baru tahu
Padamperkongsian yang sangat menarik..boleh diamalkan
BalasPadam