Selasa, 3 Jun 2014

Melihat Kelemahan Orang

melihat kelemahan

Apabila melihat kelemahan orang lain, begitu mudah untuk kita memperkatakannya. Bukan setakat mengumpat, malah ada kalanya sehingga tahap mencaci dan mencela. Begitulah lazimnya kehidupan, kita mudah melihat kelemahan orang namun amat sukar untuk kita menyedari kelemahan diri sendiri. Maka, sibuklah kita memperkatakan dan cuba memperbetul kelemahan dan kesalahan orang tanpa menyedari bahawa diri sendiri perlu diperbaiki juga.

Kita harus belajar menyedari bahwa tidak ada manusia yang sempurna, tidak ada manusia yang tak pernah berbuat salah. Kalau kita sendiri juga sering berbuat salah, mengapa kita harus sibuk mencari-cari kelemahan dan kesalahan orang lain?

Kita juga perlu belajar untuk berhenti menghakimi dan mencari kesalahan orang lain, sebab jika hal ini terus kita lakukan, kita tidak akan pernah memiliki waktu untuk menilai dan memperbaiki diri kita sendiri. Oleh itu, apabila kita terlihat kelemahan dan keburukan orang lain, hendaklah kita pastikan yang kita tidak melakukannya. Andainya kita berada dalam situasi yang sama, segeralah kita perbaiki diri sendiri.

Jadikanlah semua perkara yang berlaku di sekeliling kita, sama ada yang baik atau yang buruk sebagai pengajaran. Sibukkanlah diri untuk meneliti dan mencari kelemahan diri sendiri hingga tidak sempat untuk melihat dan mencanang kelemahan orang.

Ps: Peringatan untuk diri sendiri.



6 ulasan:

  1. Setiap org ada kekuatan, kita perlu carik kekuatan untuk diri sendiri, kelemahan akan tertutup dengan kekuatan yang diperkuatkan..kalau asyik nak nak perbetulkan kelemahan kita, memang takkan berjaya, sebab muncul lagi kelemahan lain. jadi cari kekuatan diri dan perkukuhkan lagi dengan ilmu.
    Berminat tak nak buat nasi arab di rumah, boleh jenguk kehttp://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/pes-nasi-arab-jenama-al-bayt.html
    Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kelas%20Online
    Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul; Dalila.. Jangan asyik mengeluh sebaliknya cari kekuatan diri..

      Padam
  2. Sebelum lihat kelemahan org kne lihat kelemahan sndri kan kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mimi. kena sentiasa cermin diri..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA