Khamis, 5 Jun 2014

Iktibar dari Sebatang Pensel


Manusia adalah sebaik-baik kejadian dan setiap daripada kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Gunakanlah segala kelebihan diri ke arah kebaikan dan jangan sesekali berputus asa dengan kekurangan diri. Sentiasa bersikap positif dan buktikan bahawa kekurangan diri bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.

Mari kita ambil iktibar daripada sebatang pensel. Pensel hanya akan menulis jika ada manusia yang memegangnya. Baik atau buruknya tulisan adalah bergantung kepada penulisnya. Begitulah juga dengan kehidupan kita di dunia ini. Sekiranya kita dibimbing oleh orang yang baik, maka baiklah jadinya.  

Pensel perlu diasah berulang kali agar sentiasa tajam untuk terus menulis. Begitu juga yang berlaku dalam hidup kita. Kita mestilah berani menempuh cabaran untuk membina kekuatan diri dan menjadi insan yang tabah.

Ada kalanya pensel menghasilkan tulisan yang salah. Namun tulisan itu boleh dipadam dan dibetulkan semula. Begitu juga dengan kita, kita mampu memperbaiki segala kesilapan atau kesalahan yang kita lakukan dan wajiblah berusaha mengubah diri menjadi lebih baik.

Bagi sebatang pensel, sudah tentu rod karbon di dalamnya yang membolehkan pensel itu berfungsi untuk menulis. Demikianlah juga dengan manusia. Hati dan rohani yang kukuh pasti dapat mendorong kita menjadi insan yang sentiasa bermotivasi serta selalu berusaha untuk berjaya.

Pensel akan meninggalkan kesan walau apapun jenis kertas yang digunakan. Begitu juga manusia, apa sahaja yang kita buat pasti meninggalkan kesan kepada diri atau orang lain. Oleh itu, kita harus berhati-hati dan bijak bertindak agar dapat memberi impak yang positif kepada diri sendiri dan orang di sekitar kita.

Sama-samalah kita bina kekuatan diri untuk mencipta kejayaan seterusnya memenuhi fitrah serta tujuan kita diciptakan.

Ps: Pesanan khusus buat diri sendiri 


 


6 ulasan:

  1. Setuju , jadi kita perlu sentiasa memperbaiki diri Setiap hari ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Adyna kerana kita tidak tahu adakah esok masih ada untuk kita

      Padam
  2. inshaAllah..moga lebih bermotivasi..:)

    BalasPadam
  3. indeed..hanya diri kita saja yg mampu membentuk dan mencorakkan peribadi kita..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mime.. Kitalah yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Orang di sekeliling hanya membantu dan memberi sokongan

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA