Jumaat, 6 Jun 2014

Beri atau Terima?

Antara memberi dan menerima, mana yang lebih kita suka? Macam kita memberi dan menerima hadiah, pasti ramai yang akan kata lebih suka menerima hadiah. Betul tak?

Cuba kita bayangkan analogi ini...

Mickey dan Minnie ber
sahabat baik. Minnie gemar mengumpul minyak wangi jenama CK. Kebetulan CK baru saje melancarkan haruman baru bunga-bungaan hutan. Mickey yang amat memahami kesukaan teman baiknya, tidak melepaskan peluang mendapatkan minyak wangi tersebut untuk dihadiahkan kepada Minnie sempena ulang tahun kelahirannya beberapa hari lagi.

Cuba bayangkan perasaan Minnie sewaktu membuka bungkusan hadiah yang diberikan oleh Mickey. Sudah tentu Minnie amat teruja dan gembira sebab mendapat hadiah yang menjadi idamannya. Tambahan pula hadiah tersebut diberikan oleh teman karibnya sendiri.

Itulah kegembiraan yang dapat kita lihat secara zahirnya. Hakikatnya, siapakah yang lebih gembira, Minnie yang menerima atau Mickey yang memberi? Cuba letakkan diri kita di tempat penerima dan pemberi. Pastinya perasaan seronok dan gembira pemberi melebihi penerima apabila pemberian kita diterima dengan senang hati dan dihargai oleh penerima.  

Begitu juga dalam kehidupan seharian. Pemberian tidak semestinya dalam bentuk material seperti barangan dan wang ringgit. Nasihat dan kata-kata semangat yang baik dan ikhlas  juga merupakan pemberian yang amat tinggi nilainya. Ayuh, kita renungkan kembali. Adakah selama ini kita lebih banyak memberi atau menerima.


Ps: Pesanan buat diri sendiri juga..




6 ulasan:

  1. 2 saya suka... sebagai pemberi menggembirakan penerima dan sebagai penerima berterima kasih kepada pemberi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ikhlas, pemberi dan penerima sama-sama gembira.

      Padam
  2. Tanpa Nama06 Jun, 2014

    kedua2 pun ok... btw,done follow sini...salam jumaat


    http://aisyahambris.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aisyah atas kunjungan

      Padam
  3. betul tu kak salmi... sweet je kan...

    #terima kasih sudi join... blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/06/senarai-url-blog-5.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mia..
      Insya-Allah, anti akak bw ke blog2 peserta lain..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA