Jumaat, 20 Jun 2014

Ujian Itu Nikmat, Nikmat Itu Ujian

Manusia sentiasa diuji, malah seluruh kehidupan kita ini adalah ujian. Namun, berapa ramaikah yang sedar bahawa mereka sedang diuji?  

Seringkali kita beranggapan bahawa ujian itu berupa kesusahan, kesakitan, kemiskinan, kesibukan dan tangisan sedangkan kesenangan, kesihatan, kekayaan, kelapangan dan kegembiraan itu juga adalah ujian daripada Allah. 

Bukan semua yang baik pada pandangan kita boleh ditafsirkan sebagai rahmat dan bukan semua yang buruk pada penglihatan kita boleh dihukum sebagai musibah. Kita sering terlupa, di sebalik musibah tersembunyi kenikmatan, sedangkan nikmat yang diturunkan itu sebenarnya adalah ujian daripada-Nya.

Cuba kita renung sejenak. Betapa ramai manusia yang berjaya melepasi ujian  berupa kesakitan, kemiskinan dan kesibukan tetapi tidak ramai yang melepasi ujian berupa kenikmatan seperti sihat, kaya, lapang dan gembira. Rupanya, ujian berupa kenikmatan jauh lebih bahaya berbanding ujian getir seperti sakit, sibuk dan miskin.

Ingatlah bahawa hidup ini penuh dengan ujian. Setiap waktu kita diuji, baik dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan sakit atau sihat, dalam keadaan kaya atau miskin, dalam keadaan duka atau gembira. Sesungguhnya, ujian hanya akan berakhir tatkala maut datang menjemput.




7 ulasan:

  1. Kita tak kuat kita kena hadapinya juga ia IBU, semuanya atas ketentuan Illahi.... Inilah dinamakan kehidupan, APA erti hidup jika tiada ujian... Wallahu`alam...

    BalasPadam
  2. terima kasih diatas peringatan..

    BalasPadam
  3. hidup ini adalah pentas ujian y penuh dengan pancaroba..
    peringatan bersama..semoga diri ini sedar akannya

    BalasPadam
  4. terima kasih di atas peringatan ;)

    BalasPadam
  5. Ujian tu..sebenarnya mendekatkan lagi manusia itu dengan penciptaNya..xda ujian,lagi kurang manusia mendongak ke langit bersyukur padaNya...bila diuji, tersepit maka penciptaNya lah dicari..Kita makhluknya..Dia maha mengetahui kelemahan kita,yg memang sebenar2 lemah di sisiNya.. ;-) Allahuakbar

    BalasPadam
  6. betul tuh kak..setiap ujian itu nikmat tp nikmat tuh jugak ujian...kite knela tawaduk...bile diber nikmat jgn la smp mendongak langit..sombong sbb nikmat tuh ujian utk.kite sbnrnye...

    BalasPadam
  7. setuju Ibu Nor Salmi. Kesenangan, kekayaan itulah ujian paling sukar untuk dihadapi

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA