Selasa, 10 Jun 2014

Teman yang Dilupakan


Kawan baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Merekalah penunjuk jalan dan pendamping yang akan selalu mengingatkan kita ke arah kebaikan. Sudah tentu kita memerlukan kawan untuk berkongsi suka duka dan mengingatkan kala terleka.


Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mencari teman sejati. Jika bukan mereka yang tidak menghiraukan kita, kita pula yang sering melupakan mereka. Jom baca cerita tentang Teman yang Dilupakan ini.

Aku mempunyai sahabat baik sejak dari dulu lagi. Tetapi sejak akhir-akhir ini, aku bagaikan melupakan mereka.

Su sering kulupakan, tidak seperti dulu. Pagi tadi aku bangun lambat lagi. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas. Jadi, tidak dapat lagi aku berjumpa dengan kau. Maaf ye Su. Aku harap kau faham keadaan aku. Bukannya aku tak nak jumpa kau.

Zu, sekarang aku macam dah mengabaikan kau je.  Maafkan aku, Zu. Sekarang aku selalu balik lewat. Lepas kelas aku makan-makan dengan kawan. Sampai di rumah badan dah penat, aku terus tidur. Memang dulu aku selalu jumpa kau waktu-waktu macam ni. Tapi sekarang aku sibuk lah Zu. Sorry ye..

As, aku  pun dah lama tak jumpa kau. Sibuknya aku sekarang ni As. Petang-petang kalau tak ada kelas aku ke perpustakaan mencari bahan untuk assignment. Aku balik ke rumahpun dah lewat.  As aku mintak maaf sangat. 

Mag, maafkan aku sebab dah mula melupakan kau. Petang-petang aku ke padang untuk latihan sukan. Balik pun dah lewat. Kadang-kadang belum sempat mandi aku dah tertidur di sofa. 

Is, malam-malam kawan aku ajak aku keluar makan. Lepas makan-makan, kami borak-borak pula. Akhirnya dah lewat malam baru balik. Sampai di rumah terus aku tertidur. Is, aku mintak maaf ye Is. 

Akhirnya, aku telah melupakan semua kawan baik aku. Semua mereka aku tinggalkan, Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isyak. Aku tak menjaga mereka semua sedangkan, merekalah yang akan menemani aku di akhirat kelak.

Ps: Sekadar cerita rekaan tetapi tidak mustahil benar-benar terjadi dalam realiti kehidupan.


6 ulasan:

  1. emmm betul la...kdg2 terlupa pada kawan baik kita ni...;(

    BalasPadam
  2. mudah2n kita tak meninggalkannya selepas ini ...

    BalasPadam
  3. cerita yg penuh motivasi kak mi..

    BalasPadam
  4. Entry yg sarat dgn peringatan dan pengajaran

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA