Tentu ramai yang suka makan rebung. Betulkan? Pernah makan rebung madu tak? Rebung madu ini rasanya lebih manis berbanding rebung biasa. Rebung madu ni katanya tidak memberi kesan seperti lemah badan dan sakit urat kepada penggemarnya. Malah, wanita lepas bersalin masih boleh menikmati masakan buluh madu ini.
Rebung madu sesuai disediakan dengan pelbagai jenis masakan seperti kari, masak lemak, acar, asam pedas dan dibuat ulam dengan sambal.
Ini rebung madu yang ini telahpun dicelur, pemberian rakan sekerja ibu, Kak Bibah beberapa hari lepas. Kak Bibah memang tau ibu gemarkan rebung. Menurut Kak Bibah, dia ada menanam beberapa rumpun buluh madu berhampiran rumahnya.
Kata Kak Bibah, rebung madu juga sedap dimasak opor. Insya-Allah, lepas ni bolehlah ibu masak resipi opor buluh madu. Kebetulan, rempah opor ada di rumah.
Pokok buluh madu berbeza daripada buluh biasa kerana tidak mempunyai miang atau bulu pada bahagian pokok dan rebung. Rebung buluh madu ini boleh bertahan sehingga sebulan sekiranya disimpan di dalam peti sejuk tanpa perlu menukar airnya.
masak lmak rebung dgn perut lembu..sdapnya..:)
BalasPadamLemak rebung dgn perut lembu ni biasa makan masa kenduri..
PadamNak kena jumpa k.bibah jugak la nampaknya..
BalasPadamHihi.. Kata Kak Bibah banyak, bolehlah Gee..
Padamhusna suka jugak rebung.. tapi bukan yg style peram tuh..
BalasPadamyg tu tak suka.. busuk..>.<
Betul Husna, ramai yang tak suka rebung yang dah dijeruk..
Padam