Khamis, 19 Jun 2014

Kerabu Mangga Air Tangan Ude

Sejak Along dan Angah belajar di Terengganu, kami sekeluarga kerap ke sana. Kebiasaannya kami akan tidur semalaman di sana. Sebelum bertolak pulang dari misi hantar Angah Jenguk Along, baru-baru ini, kami sempat makan tengah hari di kedai makan yang biasa kami kunjungi. 

Kali ini ada hidangan yang menambat selera ibu dan Ude, iaitu kerabu mangga. Rasanya sangat sedap biarpun resipinya simple je. Kerabu mangga yang ini menggunakan mangga yang sedang mengkal atau separuh masak bukan mangga muda seperti yang selalu ibu buat. 

Beberapa hari selepas itu, Ude cuba buat kerabu dengan resipi yang sama. Inilah hasilnya..
kerabu mangga
 Kerabu Mangga

Resipi Kerabu Mangga

Bahan-bahan:
  • 1 biji mangga (mengkal/separuh masak) - hiris halus
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 1 biji tomato - hiris 
  • 5 tangkai cili padi - hiris 
  • 1-2 tangkai daun ketumbar - hiris
  • 1 biji limau nipis - ambil jus 
  • 1 1/2 sudu teh sos ikan 
  • 1 sudu kecil gula

Cara Menyediakan:
  • Satukan mangga dan tomato yang telah dihiris.
  • Masukkan sos ikan, bawang dan cili. Perah limau nipis.
  • Akhir sekali masukkan gula.

Ps: Sedapnya makan dengan nasi panas atau dimakan begitu je..




6 ulasan:

  1. Sedapnya kerabu mangga! Terus lapar perut bila tengok gambar kerabu mangga tue. Arol selalu jugak makan kerabu mangga beli kat kafe. :D

    BalasPadam
  2. rasa melimpah air liur dalam mulut ni. hehe.
    balik nanti nak buat juga la. ada mangga epal tersadai dalam peti :)

    BalasPadam
  3. kerabu mangga..peberettt..

    BalasPadam
  4. feveret tuh ... mkn gitu jer lagi meleleh .

    BalasPadam
  5. sedapnye...mkn ngan nasi panas panas...perghh

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA