Sabtu, 7 Jun 2014

Cheesekut Piala FA


Ketika orang lain mengadap tv menonton perlawanan bola sepak akhir piala FA antara Pahang dan Felda, Ude bertungkus lumus di dapur membuat cheeskut. Dah banyak hari Ude merancang nak buat cheeskut ni tapi baru hari ni berkesempatan membeli bahan-bahannya (macam banyak sangat la bahannya tu..)

Yang di atas itulah hasilnya. Resipi yang mudah, sekejap je dah siap. Rasanya belum tau macam mana. Pagi esok baru ibu boleh komen. Malam ni duduk diam-diam dalam peti sejuk.

Ibu kongsikan resipinya di sini..

Resipi Cheesekut 

Bahan-bahan: 
1 paket biskut Deluxe Crackers 
1/2 tin susu pekat manis
250gm cream cheese  
Sedikit susu segar

Cara membuatnya:
  1. Pukul creamcheese menggunakan mixer sehingga kembang (menjadi lembut dan warna menjadi lebih cerah) 
  2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis dan pukul lagi.
  3. Tambah susu segar anggaran 2 sudu ke dalam cream cheese tadi (bergantung kepada kepekatan bancuhan)
  4. Celupkan biskut ke dalam susu segar lalu susun ke dalam bekas.
  5. Lapiskan biskut dengan bancuhan cream cheese tadi (lapisan jangan terlalu tebal) 
  6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga mendapat lapisan yang di kehendaki. Tekan sedikit biskut supaya mampat.
  7. Bahagian paling atas dilapisi dengan cream cheese yang lebih tebal dan ditaburi milo atau serbuk biskut oreo. Simpan di dalam peti sejuk selama semalaman. 
* Boleh guna apa-apa jenis biskut tetapi Deluxe Cracker lebih sedap kerana ada rasa lemak masin.

Jom, sambung tengok bola..


7 ulasan:

  1. wow,sedapnye!
    cheesekut,miza tak pernah rasa lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buat sendiri ni Mirza. Mudah je..

      Padam
  2. Memang sedap cheesekut.. Saya selalu buat sebab mudah kan

    BalasPadam
  3. nyum..nyum.. nak rasa sikit..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh datang sini Husna. nak kirim jauh..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA