Rabu, 11 Jun 2014

Mengait Sarung Botol

Beberapa minggu lepas ibu ternampak seorang rakan sekerja membawa botol air dengan sarung crochet yang cantik sekali. Sekali tengok mata dan hati terus berkenan. Hati meronta-ronta untuk cuba membuat sarung botol yang sama. Kebetulan dah lama benar ibu tak mengait. 

Sebelum cuti ibu pinjam sarung botol rakan tersebut untuk dibuat contoh.  Dalam perjalanan Menghantar Angah Menjenguk Along, ibu sempat mengait tapi sekejap je dah zzzzzzzzzzzz.

Keesokannya, dalam perjalanan balik ibu sambung kerja-kerja mengait. Sepanjang perjalanan ibu mengait dan terus mengait. Tak sabar untuk melihat hasilnya.

Setelah bertungkus lumus inilah hasilnya, sarung botol Tupperware saiz 500ml. Macam biasa, warna pink dan hijau menjadi pilihan. Yang ini dahpun menjadi milik anak sedara.

Ini hasil yang kedua. Alhamdulillah masa untuk menyiapkannya agak singkat berbanding cubaan kali pertama.

Dalam proses menyiapkan yang ketiga.
Warna kuning menjadi pilihan.

Dah ramai yang menempah. Harap-harap bolehlah siapkan sebelum cuti sekolah berakhir.


Ps: Seronok sebab dapat buat sesuatu yang kita suka.







20 ulasan:

  1. mak sy lama dh buat nie. .hehe. . byk lg 2. .siap buat sarung untuk balang kuih raya jugak. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh ye ke.. bolehlah BV belajar.

      Padam
  2. cantik... dah lama tak menggatalkan tangan...
    nak kena tiru juga nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh2.. kalau dh pernah mengait mudah je..

      Padam
  3. pandainya ibu mengait ye..Dulu ada jugak belajar mengait nie,tapi sekarang nie dah lupa lak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni mudah je. Bolehlah cuba buat..

      Padam
  4. Oh... cantiklah - boleh juga kakak buat ni tapi kena tunggu mood rajin dtglah.
    Sangat praktikal:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Boleh kak, mudah je..

      Padam
  5. cutenye...masa sekolah rendah dulu ade gak kakak saya kaitkan sarung botol macam ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, dulu-dulu orang selalu buat sarung botol cuma botol je tak sama..

      Padam
  6. Balasan
    1. Terima kasih. Boleh la yang mudah2..

      Padam
  7. cantik..cik nor tangan tak berseni la ibu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum terlambat kalau nak belajar, Cik Nor..

      Padam
  8. Cantik Sal... saya dah lupa skil mengait ni sebab dah lama ditinggalkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayapun dah lama tinggalkan Sweetie. Baru nak mulakan semula..

      Padam
  9. wah cantik la...hehehhe :)

    BalasPadam
  10. cantiknyaa..seninya tangan mengait..kalau ecah ntah jadi sarung ngaka kot..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ecah. Yang ni tak susah nak buat Ecah..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA