Anak merupakan aset yang amat berharga kepada ibu bapa. Sudah tentu setiap ibu bapa mengharapkan agar anak yang lahir itu sempurna tubuh badannya
dan sihat akal fikirannya. Namun hakikatnya manusia hanya merancang dan
ketentuannya adalah daripada Allah swt. Cacat atau sempurnanya anak yang
lahir itu tetap merupakan anugerah Allah dan ibu bapa wajib bersyukur
atas pemberian itu.
Sebagai manusia, kita tidak dapat menjangkakan kehidupan yang akan kita lalui. Ada manusia yang sempurna tubuh badannya tetapi kehidupannya kucar-kacir, melarat dan miskin. Ada juga orang yang kekurangan dari segi fizikal, namun berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kecacatan anggota bukanlah penghalang untuk berjaya.
Memang berat bagi sesiapa yang diuji oleh Allah dengan anak kelainan upaya. Bukan sedikit masa dan wang yang perlu diperuntukkan bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin. Mengasuh dan mendidik anak-anak ini juga memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi. Besarnya ganjaran yang bakal diterima oleh ibu bapa andainya anugerah ini diterima dengan redha dan ikhlas.
Menurut pendakwah bebas yang juga kaunselor, Dr Rubiah Hamzah, “Anak cacat adalah anak syurga, jika ibu bapa ikhlas menjaganya dengan niat ibadat kepada Allah, mereka seolah-olah menempah tiket ke syurga bersama anak-anak ini.” [sumber]
Kita haruslah yakin bahawa setiap anak yang dilahirkan mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Insya-Allah, selagi kita redha dengan pemberian Allah swt itu dan sabar dengan dugaan yang kita hadapi, kita akan dapat menyingkap rahsia sebenar dari anugerah tersebut.
Sebagai anggota masyarakat pula, kita haruslah memahami keadaan insan-insan istimewa ini dan menerima kehadiran mereka dengan hati dan fikiran terbuka. Mereka layak mendapat ruang dan peluang yang sama dalam masyarakat, namun janganlah sehingga kehadiran mereka di khalayak menjadi bahan tontonan kerana mereka juga punya hati dan perasaan. Ikhlaskan hati kita untuk menerima mereka.

Ada yg nak anak tp x dapat2...
BalasPadamBetul kak.. Ada saya pernah jumpa.. Mak jaga anak lumpuh lepas eksiden, koma lak tu..duk tak lama laki lak meninggal.. Sampai tekanan taw mak dia sampai sekarang.. Tapi saya tetap bangga dengan ibu macam ni, sebab depan orang ramai die sorok kesusahan yang dia alami sampai jd macam tu..
BalasPadamentri yang bagus ni Ibu, setiap pemberian yg maha Esa, mmg wajib disyukuri, setiap satunya baik atau buruk, akhirnya akan tetap baik utk kita, dengan syarat kita mahu faham hikmah disebaliknya..insyaAllah:)
BalasPadamalhamdulillah syukur..hargailah pemberianNya amin ;-)
BalasPadamhakikatnya , mereka tidak minta untuk dilahirkan begitu ... jika dia ada pilihan , sudah tentu dia juga mahu sempurna seperti kita . wpun kita sekarang ini sempurna , kita tetap boleh cacat bila Allah inginkannya berlaku ...
BalasPadambetul tu ibu
BalasPadambetul tu..anak y cacat tidak tahu apa2..syurga tempatnya..mereka yang mencurahkankasih sayang dengan ikhlas juga pasti mendapat ganjarannya..
BalasPadam