Buku Mudahkan Jangan Susahkan ini merupakan buku pertama Syed Alwi Alatas yang ibu baca. Buku ini ibu beli bersama buku Indahnya Hidup Tanpa Derita dan Nota Fikir dan Zikir di sebuah kedai buku di Simpang Renggam semasa bercuti di sana. Buku ini mengandungi banyak kisah kehidupan manusia yang merupakan intipati kepada penulisan naskah ini.
Buku ini berbicara tentang bagaimana
kita perlu melihat kesusahan dengan pandangan yang mudah serta bagaimana
mengubah kesusahan itu menjadi sesuatu yang mudah. Semua orang menyukai
kemudahan namun dalam menelusuri kehidupan ini, kita tidak boleh lari daripada
kesusahan. Kita perlu mempersiapkan diri untuk melihat kesulitan secara positif
seterusnya berkemampuan untuk menghadapinya dengan tabah dan sabar.
Sesulit
manapun kehidupan kita, sudah tentu masih ada orang lain yang lebih susah
berbanding kita. Dalam setiap bab, pasti ada kisah menarik yang dikongsi oleh
penulis. Pengalaman dan kisah kehidupan dalam buku ini dijadikan motivasi dan
perbandingan untuk pembaca lebih bersyukur dengan rahmat Allah SWT dan tidak
mudah berputus asa dengan ujian yang dihadapi.
Terkadang kita terlalu memikirkan
perkara yang belum kita lalui hingga mendatangkan keburukan kepada kita seperti
risau kalau-kalau kita gagal dalam peperiksaan,
sakit, dan sebagainya. Sepatutnya kita haruslah banyak beristighfar dan bertawakal
kepada Allah di samping berusaha untuk mengelakkan perkara negatif tersebut terus
menghantui. Misalnya dengan membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi
peperiksaan dan menjaga kesihatan sebaik mungkin.
Selain itu, sebagaimana kita tidak suka
akan kesusahan, maka kita juga tidak harus menyusahkan orang lain. Cubalah sedaya
upaya untuk memudahkan urusan orang lain. Misalnya, mengurangkan karenah birokrasi yang sering berlaku semasa berurusan dengan
badan-badan tertentu. Sikap bertangguh yang menyusahkan orang lain juga perlu dielakkan. Sama-samalah perbaiki diri agar setiap tindakan
kita tidak menyusahkan orang
lain.
Ringkasnya, kita haruslah sentiasa
berfikiran positif agar perkara yang susah dapat dipermudahkan dan tidak
menjadi semakin sukar. Yakinlah bahawa kesusahan yang Allah berikan kepada kita,
bersesuaian dengan kemampuan kita menghadapinya. Selalulah berdoa agar Allah
tidak menimpakan kesusahan yang di luar kemampuan kita. Sedarlah bahawa ujian
dan kesusahan yang kita lalui adalah tanda kasihnya Allah kepada kita. Rebutlah
peluang ini dengan tabah dan redha menghadapi segala ujian.
Judul: Mudahkan Jangan Susahkan
Pengarang: Syed Alwi Alatas
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM21.00/RM23.00 (S/S)
Harga: RM21.00/RM23.00 (S/S)
Tebal: 276 ms
menarik buku ni ;)
BalasPadamYa, CN cukup menarik. Ada cerita di dalamnya yang akak kongsikan dengan murid-murid sebagai motivasi..
Padamwah menarik isi kandung buku nie.
BalasPadamMemang menarik Yah. Jadi motivasi untuk diri sendiri juga supaya sentiasa berfikiran positif.
PadamBetul tu akak. Kena cari juga buku ini nanti.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian. Minat juga membaca sejak berblogging ni. dan sejak menjadi seorang abah. Mencari ilmu dan terus mencari
BalasPadam