Ketika bercuti di Simpang Renggam, ibu sempat ke kedai buku
tidak jauh dari rumah mertua. Memang rambang mata kalau ke kedai buku. Banyak buku yang berkenan
di hati namun ibu hanya beli lima buah sahaja. Alhamdulillah, dengan izin Allah
ibu dahpun berjaya menghabiskan dua buah buku.
Di
sini ibu ingin kongsikan salah sebuah buku yang telah ibu baca. Buku “Indahnya
Hidup Tanpa Derita” ini tulisan seorang Perunding Profesional; Puan Noor Laila
Aniza Zakaria. Sebenarnya buku ini sudah berada di pasaran sejak tahun 2010.
Kiranya dah tiga tahun ibu ketinggalan.
Buku
ini mengutarakan 40 kisah benar dugaan dan badai rumah tangga yang dilalui oleh
masyarakat hari ini. Buku ini terbahagi kepada 6 bahagian iaitu Masalah Suami, Masalah Isteri, Ego Suami, Rumah Tangga Itu Syurga, Anak O Anak, dan Tabah Hati Wanita.
Jika ada yang berasakan ujian yang dihadapi cukup berat,
maka bacalah buku ini. Pasti kita akan berasa insaf dan bersyukur kerana ujian itu sebenarnya
tidaklah seberat mana berbanding 40 kisah yang dipaparkan. Malah, ada antara
kisah yang dipaparkan tidak terjangkau dek akal fikiran. Kita juga akan sedar betapa pentingnya ilmu dalam melayari kehidupan berumah tangga.
Buku ini turut menyediakan tips-tips penyelesaian kepada
setiap persoalan yang diutarakan berserta tip-tip keagamaan dan psikologi. Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan seperti ibu bapa, para pendidik dan perunding
motivasi malah pada pendapat ibu sangat sesuai dibaca oleh bakal suami isteri sebagai persediaan untuk melayari kehidupan berumah tangga.
Sesungguhnya, tiada sesiapa yang inginkan hidupnya derita. Lengkapilah diri dengan ilmu agar dapat menangani setiap permasalahan dengan bijak. Insyaallah, moga bahagia itu akan menjadi milik kita.
Judul: Indahnya Hidup Tanpa Derita
Penulis: Noor Laila Aniza Zakaria
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM21/RM23 (S/S)
Tebal: 244 ms
Sesungguhnya, tiada sesiapa yang inginkan hidupnya derita. Lengkapilah diri dengan ilmu agar dapat menangani setiap permasalahan dengan bijak. Insyaallah, moga bahagia itu akan menjadi milik kita.
Judul: Indahnya Hidup Tanpa Derita
Penulis: Noor Laila Aniza Zakaria
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM21/RM23 (S/S)
Tebal: 244 ms
Insyaallah. Dari dulu suka baca kisah2 mcm ni. Buat panduan dan iktibar.
BalasPadamBetul tu Rose. Semua cerita tu boleh jadi iktibar buat kita..
PadamKakak lagilah tertinggal hingga kini belum lagi memiliki mahupun membacanya. Teringin juga kalau ada peluang.
BalasPadamBolehlah baca Kakzakie utk isi masa lapang di samping menambah ilmu..
Padamwaa.. nk cari buku ni laa jgk nanti.. huhu
BalasPadamCari Lissa. Banyak ilmu dlm buku ni..
Padamcm menarik je kak..nnti try cri tgk..tq share ye.:)
BalasPadamMemang menarik CikZaniff. Banyak ilmu di dalamnya..
PadamMenarik jugak buku tu ya...ada masa nak cari jgk lah..terima kasih kak atas perkongsian...
BalasPadamMemang menarik MP. Banyak ilmu yang kita boleh dapat dgn membaca buku ni..
Padamwahhh rajinnya baca...
BalasPadamKebetulan ada waktu terluang semasa cuti sekolah. Sekarang ni dah sibuk, kena pandai2 curi masa kalau nak membaca..
Padamjs mmg suka beli buku..kadang2 buku baca js tak tamat kalau baca...hehe..
BalasPadamBuku ni menarik JS jadi tak jemu baca. Kisah2 dalam ni boleh kita jadikan iktibar..
Padambagus kak buku ni..
BalasPadaminsha Allah nak cari nanti..
saya ada buku jangan biar hati derita tapi tak abis baca lagi..
Memang bagus Tihara. Kisah2 dalam tu boleh kita jadikan iktibar. "Jangan Biar Hati Derita", menarik tajuknya tu. Kongsikanlah kat blog. kalau bagus nak cari juga nanti..
PadamInsyaAllah akan cari juga buku ni..
BalasPadamTQ for the info ibu..:)
Sama-sama Atie. Cari jangan tak cari. banyak ilmu boleh kita peroleh drp buku ni..
Padammcm menarik isinya tu...bermanfaat...
BalasPadamMemang menarik Timi. Boleh ambil iktibar drp cerita2 yang dipaparkan..
PadamBuku yang menarik ni :)
BalasPadamMemang menarik Norazizah. Banyak tips keagamaan dan psikologi utk panduan semua..
Padamhidup memang indah tanpa derita . menraik buku tu ibu !
BalasPadamHidup memang menarik tanpa derita tapi tanpa derita kita tak dapat merasai kemanisan hidup. Betul tak?
Padammacam perjalanan hidup reality ..
BalasPadamMemang buku ini berdasarkan kisah benar Kak Nora..
Padammcam best je buku ni..seronok klu berpeluang membacanya
BalasPadamMemang best PK.. Bolehlah baca utk tambah ilmu..
PadamMemang nampak menarik, sememangnya kita selalu merasakan ujian yang kita harungi terlampau berat, dimana tanpa sedar, sebenarnya ada yang mengharungi dugaan hidup yang jauh lebih berat dari yang kita lalui. So Insya Allah saya akan dapatkan buku ini. Tq 4 d info.
BalasPadammesti bes sebab dia bawak kisah.. lebih dekat dan cepat memberi kesan pd kt.. eii nak pinjam kat ibu la hehe :)
BalasPadamnak carilah buku ni nanti...
BalasPadam