Terbayang kesedihan keluarga kanak-kanak malang ini terutama ibu dan bapanya yang saban hari menunggu berita penemuan anak mereka itu. Sudah tentu bukan berita sedih yang mereka harapkan namun segalanya telah ditentukan. Moga mereka dapat menerima dengan hati
terbuka walaupun hakikatnya bukan mudah untuk menerima kehilangan seorang anak.
Anak kedua daripada tiga beradik ini dilaporkan hilang di
Jalan Putra Mahkota, Putra Heights apabila gagal ditemui
selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang
singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.
Jika sebelum ini banyak pihak yang menuding jari ke arah ibu bapa William atas kehilangan kanak-kanak malang ini, kini timbul pula pelbagai spekulasi tentang kematiannya. Ibu juga berasa kesal kerana ada segelintir pihak yang menjadikan kejadian ini sebagai bahan gurauan di mana ada yang membuat panggilan palsu meminta wang tebusan. [sumber]
Tega sungguh mereka berbuat demikian. Apakah sudah hilang segala rasa dalam diri? Atau apakah mereka yakin bahawa perkara yang sama tidak akan terjadi kepada keluarga sendiri?
Dalam pada itu, ibu cukup hargai sikap masyarakat kita yang sentiasa prihatin dan saling membantu dalam isu sebegini tanpa mengira asal keturunan. Moga perpaduan ini kita kekalkan di samping mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku.
P/s: Kejadian ini mengingatkan ibu kepada kisah Dirang.

kematiannya adalah kematian mengejut kata sang polisi...
BalasPadamdia terjatuh dalam longkang? dihanyutkan air?
atau ceritanya lebih daripada itu??
hai..entahlah...
zaman sekarang macam-macam boleh jadi...
opppsss...lupa... singgah sini jalan2 naik kuda... :)
Jenguk juga Tutorial Cara Buat Auto Resize Untuk Image Pada Entry atau Widgets
Amboi amboi... entri SEO penuh di sini...nak tirulah... he he he...
BalasPadamSedihkan kak ibu.... sedih sangat, kita sendiri sedih bagaimana agaknya perasan ibubapa tersebut
BalasPadamAnak adalah permata
BalasPadamsedih sgt..berat mata memandang berat lg bahu memikul..mmg tak berhati perut org yg suka buat spekulasi macam2
BalasPadamsgt tragis bila mendengar berita kematian kanak2 tu di TV....dapat bygkan kesedihan hati si ibu....
BalasPadamkesiankan.....risau pulaak...
BalasPadammemang kesian.... mia pun risau juga ni..
BalasPadamYang penting kita ambil iktibar, jangan tinggalkan anak2 tanpa pengawasan orang dewasa.
BalasPadamTapi apa yang pasti. Kes2 seperti ini pasti akan berulang dek sifat alpa para ibu bapa yang tidak memikirkan risiko dengan meninggalkan anak2 kecil mereka didalam kereta tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa.
BalasPadamKepada semua ibu bapa diluar sana. Sila ambil iktibar dari kejadian ini supaya tidak meninggalkan anak mereka didalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa.
assalamualaikum....betul tu risau kan jgn la dibiarkan anak2 bermain bersendirian...:)
BalasPadamdiharap keluarga mendiang williem dapat tabah menghadapi hari2 mendatang...
BalasPadamkpd masyarakat pulak diharap dapat jadikan kes ini sebagai teladan...cegah sebelum terkena...