Selasa, 22 Januari 2013

Ceria dalam Gundah

Assalamualaikum. Selamat petang.. 

Alhamdulillah bersua lagi di alam maya setelah sehari sepi tanpa bicara. Seperti yang telah ibu ceritakan dalam entri Sibuk, Sibuk dan Sibuk Lagi... minggu ini ibu bersama warga sekolah dalam penantian, menanti ketibaan ahli jemaah nazir yang akan datang memantau pada bila-bila masa

Melangkah ke sekolah hari ini dengan hati gundah gulana. Mana tidaknya, dalam dua kali pemantauan untuk anugerah yang sama sebelum ini ibu antara intan terpilih. Kali pertama ibu dipantau untuk sesi pengajaran dan pembelajaran manakala kali kedua dipanggil mengadap selaku ketua panitia. Huh, memang berpeluh sampai ke kakilah!

Namun demikian, hati yang gundah disulami ceria pagi ini apabila seorang teman menghulurkan sebuah kiriman setibanya ibu di pejabat. Sudah tentu hati berbunga riang sebab kiriman yang satu ini memang ditunggu-tunggu. Jom tengok apa isinya...


v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



Pendrive Sony 4GB daripada Mialiana

Inilah hadiah kemenangan ibu dalam Giveaway Mialiana.com. Gembiranya hati tak terkata tambahan pula hadiah diiringi kad ucapan yang tertera header mialiana.com. Comel je...

Buat Mia,
Terima kasih yang tak terhingga daripada akak. Pemberian ini bukan sekadar hadiah malah membawa tanda persahabatan antara kita. Sayang Mia...


44 ulasan:

  1. ooh cepatnya sampai...hehe mesti seronok kan Ibu....

    BalasPadam
  2. thniah juga Ibu!! (^__^)v

    BalasPadam
  3. congrats ibu..sy pun nak join lebih byk contest la nanti..

    BalasPadam
  4. wah..bessnyee...sgt2 bertuah ibu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Ena.. Rezeki drp-Nya

      Padam
  5. hilang segala gundah gulana ibu kaan.. hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Mar. Dah tentu gembira..

      Padam
  6. Congrats Ibu ^_^ Bestnya dapat pendrive...Memang berguna untuk seorang guru seperti Ibu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Wilma. Memang sangat berguna..

      Padam
  7. Wah! Jelas terpancar kegembiraan Ibu bila Arol baca entri nie. Hehe. Hadiah Arol pun dah sampai semalam. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang gembira sangat Arol..

      Padam
  8. Ini hadiah pemberi semangat ini...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Hanif, tapi tanpa hadiahpun tetap bersemangat..

      Padam
  9. salam sis
    Yg pastinya seronok hati tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, tentu seronok TA..

      Padam
  10. wah..bestnya..nmpk la reda segala pnt ibu tgk hadiah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, gembira sangat. penatpun dah tak terasa..

      Padam
  11. wah... hadiah dah sampai ye...
    seronoknya... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tentu seronok Ruha..
      Hadiah Ruhapun tentu dah sampai kan?

      Padam
  12. Assalamualaikum ibu, comelnya! taniah ibu! bestnya kak mia :)

    BalasPadam
  13. tahniah ibu... dapat pendrive
    usahlah gundah gulana lagi
    ceriakan dirimu dengan pendrive dari mialiana
    *-*

    BalasPadam
  14. tahniah ibu...harap dapat menceriakan hati yang gundah itu

    BalasPadam
  15. tahniah ibu. dari hati x ceria, terus gembira kan :)

    BalasPadam
  16. tahniah tahniah... rajin betul ye miamiliana tu..

    BalasPadam
  17. wah taniah ye, hehe semoga maju jaya ibu ;)

    BalasPadam
  18. dah smp ye pendrivenya..chill jer jgn gundah2 ye kak.hehe

    BalasPadam
  19. Tahniah..amat berguna hadiah tu..utk simpan data2 yg bmacam2 sekarang ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Teratai. Memang berguna sangat..

      Padam
  20. sama2 kak salmi. terima kasih juga sudi support blog mia. tahniah ya....

    keep in touch alwayssss... sayang kak salmi juga...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA