Sabtu, 5 Januari 2013

Ude Bergelar Pelatih PLKN

Kelmarin, 3 Januari 2012 para pelatih peserta Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 10/2013 telah mula mendaftar masuk ke kem latihan masing-masing. Melalui maklumat yang ibu peroleh di Portal Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara, tiga hari diperuntukkan untuk pergerakan masuk para pelatih ke kem latihan iaitu 3 - 5 Januari 2013. Bermakna hari ini adalah hari terakhir. 


Pagi semalam ibu dan ayah menghantar Ude ke kaunter pendaftaran PLKN di Terminal Bas Jerantut. Ude terpilih untuk menyertai latihan di Kem PLKN Gambang. Walaupun terminal bas tidak jauh dari rumah, ayah tetap ambil cuti untuk memudahkan urusan. Ibu pula hanya minta kebenaran untuk keluar sekejap memandangkan banyak waktu free semalam.

Pendaftaran bermula pukul 9.30 padi. Semasa kami tiba, tiga buah bas PLKN sedang menunggu untuk memuatkan penumpang. Suasana juga cukup meriah. Ada peserta yang kelihatan amat bersemangat dan tidak kurang juga yang bermuram durja. Mungkin ada yang mendaftar dalam keadaan paksa rela. Harap-harap itu hanyalah untuk sementara waktu. Tidak mustahil selepas tiga bulan nanti, wajah yang masam mencuka ini berubah sedih kerana sayang untuk meninggalkan kem dan berpisah dengan rakan-rakan.

Pukul 10.00 pagi, sebuah bas mula bertolak ke Kem PLKN Arena Resort, Temerloh. Setelah menunggu hingga pukul 10.30 pagi, dua buah bas lagi masih tidak bergerak. Difahamkan bas yang pertama masih menunggu sembilan orang peserta manakala bas yang dinaiki Ude menunggu empat orang peserta lagi.

Memandangkan ibu terpaksa ke sekolah semula, pukul 10.35 pagi ibu dan ayah meninggalkan Ude dan rakan-rakan yang telah berada di dalam bas. Alhamdulillah, pukul 1.00 tengah hari mereka selamat tiba. Selesai taklimat pada pukul 5.30 petang, Ude menghubungi ibu dan memberitahu yang dia dahpun berada di bilik.

Dengan ini, rasmilah puteri ketiga ibu bergelar pelatih PLKN. Moga Ude selamat sepanjang berada di sana dan dapat menjalani latihan dengan jayanya.

P/s: Along tidak terpilih menyertai program ini manakala Angah pernag mengikuti program ini di Kem PLKN Tasik Chini.


13 ulasan:

  1. bez tau ibu. iman pon bekas pelatih plkn tapi nun kat padang besaq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iman suka ye? Angah dulupun kata seronok..

      Padam
  2. along n angah xtrpilih..bukan main hepi mrk brdua tu...sengeh manjang dan siap usik rakan2 yg trpilih....Dasar budak lembek camtulah...ngee..Moga ude dpt byk pengalaman baru di sana....

    BalasPadam
  3. Harap uda srronok di sana. :-)

    BalasPadam
  4. insya allah seronok di sana. rugi woo tak ikut program macam ni. dah la free, dapat elaun lagi. sementara masih muda ni la nk join macam2.

    ramai juga budak2 yang volunteer ikut plkn. walau tanpa elaun, mereka join sbb peluang tidak datang selalu.

    so, have fun! :)

    BalasPadam
  5. semoga menjadi pelatih LPKN yang berhemah ya.. ;)

    BalasPadam
  6. moga menjadi pelatih yg terbaik..:)

    BalasPadam
  7. Beruntung nyee Ude dapat pegi PLKN.. T_T
    eiqa dulu nak sgt pergi..
    Nak sgt main aktiviti lasak tuu..
    Tapi tak de rezeki..

    Semoga Ude elok-elok saja dekat sana..
    aminnn :)

    BalasPadam
  8. semoga semuanya baik2 saja..gud luck ude..

    BalasPadam
  9. Dengar khabar seronok buat latihan PLKN ni...

    BalasPadam
  10. husna x terpilih jgak..=)

    husna kalau terpilih mesti rasa x seronok gila..=P

    BalasPadam
  11. wah untung dapat kem yg dekat...semoga ude menjalani latihan dgn jayanya di sana....

    BalasPadam
  12. moga ude jadi pelatih yang terbaik... ^_^

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA