Khamis, 31 Januari 2013

Buah Perah

Assalamualaikum dan salam mesra buat sahabat semua. Bersua lagi di alam maya. Kali ini ibu nak bercerita tentang sejenis buah yang ibu percaya ramai tidak mengenalinya.

Kenal buah ini?
Inilah buah perah [Google image]

Bagi orang Pahang terutama orang Jerantut macam ibu ni, buah perah tidak asing lagi. Di sini, buah perah amat sinonim dengan asam rong. Namun, untuk hari ini ibu akan berbicara tentang buah perah sahaja. Cerita tentang asam rong akan ibu muatkan dalam entri lain.

Untuk pengetahuan, pokok perah tumbuh di hutan hujan khatulistiwa. Biji perah ini asalnya daripada buah yang setiap satunya mengandungi tiga biji buah perah. *Berbelit-belit ayat ibu. Harap semuanya faham. Lebih kurang macam buah getah dalam entri di SINI. 

Buah perah ini berbentuk lonjong dan berwarna coklat kehitaman. Kulitnya nipis tetapi keras, manakala isinya pejal dan berwarna putih. Untuk mendapatkan buah ini, kita tak perlu panjat pokoknya kerana buah perah akan gugur sendiri ke tanah setelah cukup matang. Buah perah yang sudah matang akan meletup dan berderai di udara sebelum jatuh tersebar ke bumi.

Untuk mendapatkan isinya, kita perlu ketuk buah ini bagi memecahkan kulitnya yang keras. Walau bagaimanapun, isi buah perah ini tidak boleh dimakan mentah kerana dikatakan akan menyebabkan pemakannya mabuk. Sebaliknya, buah perah perlulah dimasak atau diproses terlebih dahulu sebelum boleh dimakan.

Selain diproses menjadi asam rong, buah perah juga boleh direbus atau dijeruk. Kebiasaannya, buah perah rebus atau jeruk dijadikan hidangan minum petang. Ibu sendiri lebih suka perah jeruk kerana isinya lebih rangup. Makan buah perah ini lebih kurang macam makan kacang rebus tapi selera ibu lebih menggemari buah perah.  

Memandangkan daerah kelahiran ibu ini sebahagian besarnya masih diliputi  hutan, agak mudah untuk mendapatkan bekalan buah perah. Walau bagaimanapun tetap tidak boleh diperoleh sepanjang masa kerana pokoknya berbuah mengikut musim.

P/s: Harap-harap tak ada yang mengidam. Jenuh nak mencari kerana sekarang belum musimnya lagi.


26 ulasan:

  1. ibu...thanks for sharing...memang x pernah dengar either buah perah ataupun asam rong... hu hu hu...

    BalasPadam
  2. tak pernah pulak didengari...first time tau citer pasal dia...hikhik

    BalasPadam
  3. serius baru pertama kali tahu tentang buah perah.klu buah getah tu sy tahulah..tu pun dh bertahun2 tk tgok buah getah secara live..

    klu rasa macam kacang rebus kompem la sedap kan kak mi?

    BalasPadam
  4. Mie, masa kecik2 dulu ummi memang pernah makan buah perah ni, yang direbus tu, sedap, ummi suka. Ni dah berpuluh tahun tak makan Mie,takde lagi yang menjual. Kalau 'mengidam' kena cari Mie kat Pahang lah nampaknya..

    BalasPadam
  5. Mie, knah pernah dengar buah perah ni, pernah makan sambal asam rong, sebab cik man orang pahang tp xpernah pula tengok pokoknya. =)

    BalasPadam
  6. kesiannya mia.... tak tahu pasal buah ni... huhuh

    BalasPadam
  7. saya ngidam ni kak, hehe gurau je..
    saya 1st time makan masa kat teganu dulu..
    beli seplastik, banyak sangat yg rebus tu makan dalam bas tapi rasa cam pening2..nape ye kak tapi sedap sangat...gebu je, sedap dari kacang :)

    BalasPadam
  8. ibu, saya pun keliru.. mcm pernah makan.. macam tak pn ye jgk.. hehe

    BalasPadam
  9. first time dengar...
    leceh gak nak makan..kena ketuk2 dulu..hehehehe

    BalasPadam
  10. ibu..kat luar dri pahang ada x buah nh?iman xpenah tau la

    BalasPadam
  11. kak mie... izan pun baru kenal buah perah ni.

    BalasPadam
  12. tak pernah makan lg ni...camne rasanya ye....mcm kacang rebus atau macam rasa asam?

    BalasPadam
  13. Hmmm..first time dengar and tengok gambar...nampak macam sedap aje..ibu

    BalasPadam
  14. Saya biasa dengar arwah nenek saya dulu pasal buah perah... tapi tak pernah makan pasal boleh buat mabuk tu.. dan rupanya pun baru nilah kat blog Sal ni saya tgk.

    BalasPadam
  15. Saya orang Pahang Ibu tapi tak tahu pun pasal buah ni. Hehe.

    BalasPadam
  16. Salam,
    Dulu semasa berkhidmat di Hulu Dungun, selalu makan buah ni... mmg sedap sangat. Rasanya berlemak, jauh lebih sedap daripada kacang tanah... Dah balik ke sini, x berpeluang makan dah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahal dah sekarang kalau dulu kat pasar dungun rm 5 seratus biji tapi sekarang 15 ringgit/kg... tapi sedap sangat jeruk sekali ngn petai

      Padam
  17. Salam. Saya baru terjumpa tadi buah perah ada dijual di Sungkai Perak. Pakcik yg jual tu kata skrg tgh musim buah perah. Yang dah siap rebus harga dia rm10 sekilo. klau yg belum rebus rm5 sekilo. Saya cuba juga beli 1/2 kilo yg siap rebus utk rasa sbb mmg x pernah jumpa dan mkn lg buah ni sebelum ni. Mmg sedap juga boleh dikatakan mcm buah berangan rasa dia. Klau yg nak try tu boleh cari kedai pakcik ni sebelum petronas sungkai kedai buah sebelah kanan klau dari tol sungkai menghala ke bidor.

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama18 Mac, 2014

    Di Batu Kurau Perak buah perah ialah buah tampoi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama27 April, 2015

      Ada yg menjual buah perah kat ipoh kr????

      Padam
  19. Tanpa Nama21 Ogos, 2014

    BUAH PERAH MEMANG SEDAP, SAYA PUN DAPAT DARI KAWAN YG KERJA DI FRIM, KEPONG

    BalasPadam
  20. femes rupanye buah ni kt phang,,ingat buah ape la,nk mkn pn xbrani,,dh bkk info bru tau, kbtulan suami dpt kt utan dlm ni n kwn dia org phg la bgtau,,nk msk pe pn xtau..byk lak tu.

    BalasPadam
  21. kt hutan sungkai pun ada gak,cmne leh tsesat ntah,,ingt kt phg je wajib

    BalasPadam
  22. Alo bro.... Orang Tu kuruo panggil buoh peroh.... Buoh tampoi laen... Kawan pun org batu kuruo gok

    BalasPadam
  23. sy nak cari buah perah ni.dan sy nak beli
    klu akak ada menjual buah perah ni
    boleh call sy 0126668919

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA