Selasa, 15 Januari 2013

Melawat Ude di Kem Latihan PLKN

Kelmarin ibu dan ayah bersama Faiz dan Faiq ke Kem PLKN Gambang untuk melawat Ude yang dah lebih seminggu di sana. Cerita tentang hari pertama Ude bergelar pelatih PLKN ada di SINI. Kami bertolak pukul 1.00 tengah hari dan sampai lebih kurang pukul 2.30 petang. 

 Gambar dari pondok rehat di tepi padang tempat kami menunggu. Ketika kami sampai, memang dah ramai pengunjung berada di sini.

Bonda yang tak sabar menunggu. Lamanya anakanda bersiap...

Lebih lima belas minit juga menunggu barulah Ude tiba. Alhamdulillah leganya hati apabila lihat Ude ceria je. Bimbang juga kalau-kalau Ude tak seronok di sini. Maklumlah baru kali pertama berjauhan dengan keluarga. Sebelum ini kalau berjauhanpun hanyalah semasa mewakili sekolah di peringkat daerah mahupun negeri. Itupun hanya beberapa hari je. Kalau dulu mudah aje menolak tawaran ke SBP tapi ke PLKN ni mana boleh tolak suka-suka.

Ibu bawa bekal pizza ke sini. Sengaja ibu tak masak nasi dan lauk untuk Ude  sebab Ude kalau makan nasi hanya beberapa suap je. Sampai je di pondok ini, terus Ude makan. Kesiannya ibu tengok, Ude sapu bersih tiga keping pizza. Maklumlah cicit Mohd Salleh. hehe.. Ibupun 2x5 juga, dah mengadap pizza terlupa nak ambil gambar.
   

Mamat yang kebosanan ini sempat bersiar-siar keliling padang.
 
Pukul 4.30 petang kami pulang. Alhamdulillah perjalanan hari ini dipermudahkan. Walaupun dah kenyang, Faiq tetap ajak singgah di R&R untuk makan lagi. 

P/s: Terima kasih buat rakan-rakan yang berkunjung dan meninggalkan komen. Ibu mohon maaf sebab belum berkesempatan membalas kunjungan. Beberapa hari ini ibu amat sibuk dengan persiapan bagi pemantauan anugerah "New Deal" sekolah ibu. Nanti ibu ceritakan ye...


40 ulasan:

  1. alhamdulillah semua baik2 belaka..hurmm mmg best sgt la tu smpi terlupa nk ambil gambar piza...hikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lega bila tengok keadaan Ude.
      makan-makan+borak-borak = lupa hal lain.. hehe..

      Padam
  2. ada elaun x kalo ikut plkn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada elaun Nurfaezah..
      Kalau tak silap RM450 sepanjang 3 bulan mengikuti latihan

      Padam
  3. Terpilih untuk sertai PLKN ye... Anak lelaki saya dulu menangis bila kena sertai PLKN... dia tak suka aktiviti2 lasak tu... tapi bila dah berada dlm kem lama2 dia kata best juga... semua aktiviti tu menyeronokkan... takut dengan senjata api dan saya tak tandatangan pun untuk ikuti latihan menembak... tapi dia talipon saya balik minta saya tandatangan semula kebenaran utk latihan gunakan senjata api... Last sekali dia cakap "siapa kata budak nerd tak boleh beraktiviti lasak... dia dah buktikan."

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang budak2 suka agaknya sebab kata Ude ada yg dinasihai pulang sebab berlebih berat badan tapi mereka tetap nak teruskan..

      Padam
  4. lega rasaya bila tgk anak selamat ye kak mie. yg penting dia ceria2 aje kat sana tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Izan. Lega bila tengok dia happy je..

      Padam
  5. Hati ibukan..... rindu rasanya bila ditinggalkan anak.... Tapi suka tengok gambar ibu tu.... cantik!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu OKje. Rindu sangat sebab ketiga-tiga puteri dah tak ada di rumah..

      Padam
  6. masa anak llki bunda no 3 darjah 5, dia gi camping pengakap kat taman templer jer..bunda dah gelabah..maklumlah tak pnh berenggang ngn anak2..waktu makan meleleh air mata teringat kt dia, apa dorang kasi mkn..bile lps UPSR dpt msk SBP atas kehendak dia...ambik! 5 tahun membesar kat sane...tapi nmpak lah, berdikari dan cepat matang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak Nora. Anak2 yg tinggal di asrama lebih berdikari.

      Padam
  7. cantiklah kak mie ni....slim moling lagi...tinggi lampai orangnya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Dah kurang slim la Sya tambah-tambah baru lepas cuti sekolah..

      Padam
  8. Assalamualaikum ibu, ibu comel! nape tak amik gambar ude? sheila dulu PLKN juga. dekat Princess Haliza Sepang. hehehe. bestnya PLKN! rindu nak kawad kaki hahahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala, gambar dgn Ude tak menjadi la Sheila, blurr sangat. Lain kali ye.. Ude ada bercerita masa kawat ada yang pengsan.

      Padam
  9. ibu, nape tak ambil gambar Ude..?
    Ude pakai full celoreng tak masa jumpa ibu..?
    sebab sy dulu kena pakai full celoreng bila nak jumpa parent..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar Ude tak menjadi la Ruha. Blurr sangat. Memang kena pakai uniform tapi bukan yang celoreng, yang biru muda tapi Ude pakai t-shirt je sebab uniform kena alter..

      Padam
  10. Alhamdulillah Ude dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana baru.

    Anak2 kak ani yang 2 terakhir tu, tak seorang pun dapat leuang ke PLKN walaupun yang lelaki bongsu tu nak sangat2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak, gembira tgk dia ceria.
      Saya dapat tahu ada yang tak dipanggil tapi buat rayuan untuk menyertai program ini.

      Padam
  11. Alhamdulillah, ude seronok kat sana. Saya selalu terlibat dgn pelatih2 PLKN ni. Antara faktor yg mempengaruhi seronok atau tidak ialah kawan. Kalau dpt kwn yg ngam, seronoklah mereka. Kalau dpt kawan yg tak ngam, memanglah tak seronok. Sekadar berkongsi semula luahan rasa pelatih2 yg sy pernah temui. pengalaman sendiri tak ada, zaman kita tak ada plkn.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Zefa. kawan yang serasi tu memang amat mempengaruhi.

      Padam
  12. alhamdulillah kak. seronok tgk anak kita join PLKN dlm keadaan yg gembira kan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sue,senang hati tgk dia happy..

      Padam
  13. baguslah ude seronok disana..hidup di plkn ni mmg byk mengajar erti berdikari,erti persahabatan n belajar berjauhan dr keluarga..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu PK.. Banyak pengalaman dan ilmu yang boleh dikutip melalui program ni..

      Padam
  14. hehe mesti ude gembira ibu dtg melawat.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tentu gembira Mar.. Maklumlah tak pernah berpisah lama..

      Padam
  15. Mesti dorang seronokkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula tak semua yang rasa seronok CR.. Ada juga yang pergi kerana terpaksa tapi akhirnya semua gembira di sana..

      Padam
  16. Cemane la kalu zakwan yg p plkn nnt
    (owh, 15thn akan dtg ,^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nad, katanya akak datang semua wajib mengikuti plkn tak macam sekarang..

      Padam
  17. dapat melepaskan rindu..hehehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Hanif.. dapat melepas rindu..

      Padam
  18. mesti ude syok dapat makan pizza tu...huhu

    PS: tahniah kepada Ibu sebab menang segmen mialiana...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan Ude je, ibupun tumpang seronok makan pizza.. hehe..
      Terima kasih ye Timi..

      Padam
  19. Alhamdulillah, legaan rasa hati bila tgk anak hepi mcm tu....Moga ude terus ceria..xde pulak gmbar ude....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Yah. Risau juga selagi tak berjumpa dia. Gambar Ude tak adalah Yah. Blurr je..

      Padam
  20. Dh terubat rindu ye pada UdA..hehe..moga UdA gembira Dan belajar sesuatu yg baru kt sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga begitulah hendaknya, Cheq Kaq

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA