Ahad, 29 Jun 2014

Hobi yang Mekar Kembali


Crochet iaitu seni mengait jarum satu adalah salah satu hobi ibu sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ibu belajar mengait semasa dalam darjah empat. Disebabkan minat yang mendalam, sekejap je ibu dah mahir dan boleh menerima tempahan. Orang pertama yang menempah hasil jemari ibu ialah cikgu ibu sendiri.

Banyak juga koleksi crochet yang telah ibu hasilkan. Antaranya, alas meja, chairback, alas dulang, topi, selimut dan bunga, malah bakul telur untuk para tetamu semasa majlis perkahwinan ibu dulu juga daripada benang kait.

Kali akhir ibu mengait adalah semasa mengandungkan Ude. Selepas Ude lahir, hobi yang satu ini ibu tinggalkan terus. Melayan tiga orang anak yang hampir sebaya ditambah dengan tanggungjawab terhadap tugas hakiki yang semakin bertambah ketika itu menyebabkan ibu terpaksa melupakan terus hobi ini.

Kini, minat terhadap seni kait ini subur kembali. Projek pertama setelah hampir 20 tahun meninggalkan seni kaitan ini ialah sarung botol air tupperware. Reka bentuk sarung botol air ini direka khas untuk botol air ecowater tupperware  yang berkapasiti 500ml.

Sekarang ibu sedang dalam proses menyiapkan sarung botol air ecowater tupperware yang berkapasiti 1liter. Insya-Allah akan ibu kongsikan jika dah siap nanti.
Namun, masa merubah segalanya. Dah tak boleh mengait tanpa mata tambahan ni..




22 ulasan:

  1. Tanpa Nama29 Jun, 2014

    woooow.. kalo dalam citer korea diorang kait apa tuh muffler?? hihiks.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muffler scarf kan... diorang mmg pakai sebab cuaca sejuk.

      Padam
  2. aaaa cantiknya kak. suka tengok kraf tangan yg macam ni ^^ hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik Tashira.. kalau ada masa rasa nak buat mcm2 warna.

      Padam
  3. cantiknya ibu...nad tak reti nak mengait ni semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh belajar Nad.. mudah je

      Padam
    2. Mudah je Nad. Bila2 masa boleh belajar.. yang penting ada minat.

      Padam
  4. lama dah tak nampak orang mengait ni,

    BalasPadam
  5. comellllll..saye suke gak buat benda ni dulu..

    BalasPadam
  6. mak rajin mengait masa muda2 dulu.
    saya xde bakat ni langsung.

    BalasPadam
  7. mama husna rajin jgak mengait nih dulu..
    tp skarang dah tak buat dah..:)

    BalasPadam
  8. Salam ramadan Mie..

    Waa cantiknya, memang berbakat Mie ni, ummi tak pandai..keras tangan.

    BalasPadam
  9. sejak dulu mmg kak mie terbaiklah..rumah2 kak mie dulu penuh dgn alas yg dikait...kalau xsilap yah, dulu kak mie ada kait cadar bilik tidur masa tinggal kt depan taman intan tu....yah pn ada minat yang sama..sempat jugak siapkan chair back n alas..skrg ni dh berkubur disebabkan kengkangan masa.....

    BalasPadam
  10. kak ibu salmi ada dia punya draft tak utk buat bekas botol air tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak buat ni berdasarkan contoh kawan punya. Tak ada drafpun. Insyaallah, kalau berkesempatan akak tunjukkan cara membuatnya step by step..

      Padam
  11. assalamualaikum ibu...mesti cantik bila dah siapkan...:)

    BalasPadam
  12. rajinnya kak...sy bab bab nih memg lemah sket

    BalasPadam
  13. SALAM...SAYA BARU SAJE NK BERJINAK DALAM DUNIA CROCHET NIE...TAPI AMMY KONFIUS CAMNER NAK TAU CROCHET KITE TUE DEPAN AATAU BELAKANG???

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA