Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Jumaat dua minggu lepas, ibu diminta oleh rakan guru pembimbing PPIM untuk melatih tiga orang ahli PPIM menggubah bunga. Mereka akan mewakili daerah Jerantut ke Karnival Hari Puteri peringkat negeri.
Disebabkan Jumaat tu agak sibuk, ibu hanya sempat membuat satu gubahan untuk ditunjukkan kepada mereka. Sambil-sambil menunjuk cara, sempatlah beri sedikit panduan menggubah bunga yang ibu tahu. Ibu bukanlah pandai sangat; hanya belajar dari pemerhatian dan pembacaan.
Alhamdulillah.. Hari Khamis, tiga orang puteri ni balik dengan berita gembira; mereka mendapat tempat kedua. Sesuatu yang tak dijangkakan kerana ketiga-tiganya tidak pernah menggubah bunga sebelum ini. Mereka bertanding pun hanya berbekalkan latihan yang singkat. Untuk pengetahuan, bunga-bunga disediakan oleh penganjur pada hari pertandingan dan mereka diberikan masa dua jam untuk menyiapkan gubahan.
Jom tengok hasil gubahan mereka..
Siapa sangka, ini adalah bekas tangan murid Tahun 6. Walaupun ada sedikit kekurangan, namun tidak mencacatkan gubahan (Wah, cikgu beri komen mengalahkan penggubah profesional!!!) Ibu gembira kerana dapat menurunkan sedikit bakat yang dianugerahkan kepada ibu.
P/s: Kebiasaannya, rakan-rakan gubah sendiri bunga atau beli yang dah siap digubah?
cantiknya hasil gubahan tersebut....tahniah utk murid2 akak dan tahniah jugak utk akak...
BalasPadamPstttt...saya beli yg dah siap digubah..pernah jugak gubah sndiri tapi tak cantik pada pndangan mata...
serius izan kagum dgn hasil gubahan murid tahun 6 ni kak mie. tak sia2 akak ajr dorang walaupun dlm masa yg singkat.
BalasPadamizan kalau bab gubah2 bunga ni mmg takde bakat kak. lagipun kat umah ni mmg takde bunga2 ni. anak2 tengah melasak kan. kalau letak satu pasu entah hayatnya kejap aje kot...
pandain berbakat ekk ank murid cikgu,mana tak tumpahnya ilmu klu tak ke anak murid kan?hehe..mmg cantik..:)
BalasPadam