Selasa, 8 Mei 2012

Selamat Hari Lahir, Mak

Assalamualaikum.. Harap semuanya ceria dan gembira. Setelah beberapa hari menyepikan diri, hari ni ibu kembali bersiaran. Semalam, kami di Pahang dapat tambahan cuti sehari iaitu cuti hari HOL. Jadi, ramailah yang ambik kesempatan bercuti bersama-sama keluarga. 

Ibu pulak tak ke mana-mana; hanya berehat di rumah. Kesian juga apabila lihat anak-anak ibu terperap je di rumah. Bukan ibu tak nak bawa mereka jalan-jalan, tapi buat masa ini keadaan tidak mengizinkan. Inilah harga yang perlu kami sekeluarga bayar angkara manusia yang tidak bertanggungjawab. Insyaallah, ibu akan ceritakan apabila tiba masa yang sesuai. Cuma yang boleh ibu nyatakan, semua ini ada kaitannya dengan entry Penantian Bakal Bernoktah yang ibu siarkan pada 16 Januari lepas.

Walau bagaimanapun, kebosanan anak-anak terubat juga apabila adik-adik ibu yang tinggal di Putrajaya balik menjenguk mak dan ayah. Dapatlah bermain-main dengan sepupu-sepupu mereka. Untuk pengetahuan rakan-rakan, empat orang adik ibu (tiga perempuan dan seorang lelaki) bekerja dan menetap di Putrajaya. 

Alhamdulillah, buat masa ni, sesibuk manapun adik-adik ibu, mereka akan balik sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk bertemu mak dan ayah. Dan.. kepulangan mereka kali ni dengan satu misi... 

... menyambut hari lahir mak yang ke-70.

Supermak bagi kami 10 beradik. Seorang yang sabar, tabah dan berpandangan jauh. Insan tabah inilah yang menjadi tonggak kejayaan kami. Terlalu banyak dugaan yang dilalui. Begitu besar pengorbanan yang dilakukan untuk melihat kami berjaya. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insan ini tak pernah menyerah kalah. Alhamdulillah, kini segala jerih perih mak telah membuahkan hasil.

SELAMAT HARI LAHIR, MAK..


8 ulasan:

  1. selamat hari lahir buat mak kak mie.. moga makcik terus diberikan kesihatan yang baik, murah rezki dan bahagia di samping anak2 cucu tersayang...

    tengok mak kak mie, teringat terus pada mak izan kat kg. tak jauh beza beza umur...mak izan pun baru je sambut hari lahir ke-69 30 april lepas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Izan..
      Akak juga doakan agar mak Izan sihat dan menjalani kehidupan dgn gembira..

      Padam
  2. Selamat hari lahir mak kak ibu salmi....

    Teringat pada arwah Mak, al fatihah

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama09 Mei, 2012

    selamat hari buat ibu akak...

    BalasPadam
  4. selamat hari lahir makcik, moga makcik sntiasa dalam prlindungn Allah....

    Xsabar nk tahu kisah kak mie....

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir utk mak akak....

    BalasPadam
  6. seronok melihat orang yang masih ada lagi mak,
    berbaktilah pada ibu bapa, ambillah sebanyak
    mana masa yang ada untuk menggembirakannya kerana
    bila keduanya telah tiada anda akan merindui
    saat manis ketika mereka masih ada.
    Selamat hari Lahir untuk emak kak Salmi
    Al-fatihah untuk arwah ibu dan ayah saya.

    BalasPadam
  7. Selamat hari lahir n selamat menyambut hari ibu buat insan istimewa dalam hidup ini.Ketabahan mak dalam membesarkan kami adik beradik tiada nilainya.Rasa hati ni..apa sahaja hajat mak ingin ditunaikan.Sayang mak..tk kak mi tumpang mencelah..hi3

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA