Ahad, 27 Mei 2012

Cabaran @ KSSR/KSSM

Sebelum cuti, terdengar keluh-kesah rakan-rakan yang terlibat dengan KSSR. Ibu cukup faham dengan bebanan tugas yang perlu mereka tanggung. Ketika orang lain dah bersuka ria di kampung cuti ni, masih ada yang sibuk melengkapkan fail-fail yang berlambak. Ibu sekadar boleh melahirkan rasa simpati. Nak tolong memang tak mampu sebab diri sendiri pun dah terbeban dengan pelbagai tugasan.

 

Minggu lepas, ibu tengok Faiz pun nampak sibuk. Untuk pengetahuan, bujang ibu tu belajar di tingkatan 1. Jadi, diapun terlibat dengan kurikulum baru; KSSM. Cuti Sabtu dan Ahad, Faiz sibuk menyiapkan carta ni. Katanya, kena buat pembentangan untuk naik ke band 6.


 

Nampak dia agak gusar sebab perlu menjawab soalan-solan yang dikemukakan oleh rakan-rakan dan guru selepas sesi pembentangan. Alhamdulillah, keesokannya Faiz beritahu yang dia dah berjaya naik ke band 6. 

 

Bukan sengaja ibu paparkan kisah bujang ibu ni. Cuma nak menggambarkan bagaimana pentaksiran dalam kurikulum baru ni dibuat. Jika dulu, prestasi anak-anak kita bergantung kepada peperiksaan seratus-peratus, tapi tidak lagi sekarang.

 

Bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang KSSR dan kaedah pentaksiran yang digunakan boleh rujuk sini.



8 ulasan:

  1. Bukan setakat mengisi fail yg melambak tu kak mie ttp nk key-in band tu pn 1 masalah krn program yg dibuat mcm ada problem....asyik loading w.pn guna streaymx brkelajuan tinggi.....hampeh betul...

    Tahniah utk faiz krn dh dpt band 6..kiranya utk budak2 cemerlang tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dgr cerita kwn2, kena berjaga sampai pagi buat semua tu.. Itu baru thn 1 & 2. Kalau xde penambahbaikan, cmana la nak buat utk thn2 lain..

      Padam
  2. tahniah utk faiz ye kak mie... akak buat entry ni pun sbg info utk ibu2 cam izan juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Izan. Sekurang-kurangnya kita boleh bantu anak2 & beri sokongan. Mcm Faiz, akak ajar dia mcm mana nak buat pembentangan & cara menjawab soalan. Jgn baca saja apa yg ditulis dlm carta tu..

      Padam
  3. salam kak mi..student kt sekolah skang nih pun dh cam budak U dh kan..kena present la...emm..congrats faiz..dpt band 6..mmg tersangt bagus....sufiya pun even dajah satu dh dinilai melalui band kan..1-6...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul fyzz..
      kita kena beri sokongan dan galakan kpd anak2.. Murid2 perlu berketrampilan dan boleh dijadikan contoh oleh murid2 lain, baru boleh capai band 6

      Padam
  4. tahniah untuk faiz..

    info untuk saya ni next year my sulong tu baru nak masuk darjah 1 :)

    BalasPadam
  5. terbaik, suke ros baca dan lihat bagaimana KSSM ini diaplikasikan kepada adik-adik generasi sekarang..:) mashaallah..hebat anak ibu..:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA