Selasa, 10 Julai 2012

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tahun lalu, Kementerian Pelajaran mencatat nama dalam 'Malaysia Book of Record' melalui program Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang dijayakan oleh 4.1 juta pelajar daripada 9,980 sekolah di seluruh negara. Hari ini pula, kira-kira 3.6 juta pelajar seluruh negara melakar nama dalam MBR dengan menyertai program Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang berlangsung serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara. 

Sekolah ibu tidak ketinggalan dalam menjayakan program ini yang merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan yang diperkenalkan tahun lalu. Semua murid yang terdiri daripada murid-murid prasekolah hingga murid tahun enam seramai lebih kurang 750 orang mengambil bahagian. Tidak ketinggalan guru-guru dan staff sokongan serta ibu bapa yang hadir.

Acara senamrobik berjalan selama sejam bermula jam 8.00 pagi.  
 




Selepas acara senamrobik ni, berlangsung pula perlawanan akhir Sukan 1Malaysia. Acara yang terlibat ialah bola baling bagi murid perempuan dan bola sepak (dah tentulah untuk murid lelaki kan..) Perlawanan peringkat awal telah diadakan setiap petang Rabu. Sayang.. ibu terlupa snap gambar. Maklumlah teruja kat tepi padang sebab kelas ibu terlibat dalam kedua-dua perlawanan. 

P/s: Baru terima perkhabaran sedih. Seorang rakan lama ibu di SK Sawah Dato', Mersing telah kehilangan suami yang pulang mengadap Ilahi semalam meninggalkan 6 orang anak. Moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat Ani dan anak-anak.


6 ulasan:

  1. Salam...
    Tahun depan, rekod apa pula dema nak catat, agaknya ya!




    :-)m

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama10 Julai, 2012

    wah bestnye....kalau js pun teruja ni sbb meriah...hihi

    BalasPadam
  3. Anak bujang sy td bukan main seronok cerita pasal senamrobik hr ni. Bc blog kak mi baru tahu buat serentak byk sekolah.. Mesti meriahkan..

    Ps, takziah buat kawan kak mi tu. Alfatihah..

    BalasPadam
  4. Ibu turut serta tak? Dah lama tak bersenam robik.

    Takziah dan alfatihah buat suami kwn ibu.

    BalasPadam
  5. memang seronokkan bersenam robik bersama2.....tak terasa penat...

    BalasPadam
  6. sama semua warna bajunya kak mie...cantik, nmpk seragam..

    Sedih terima berita itu...moga ani tabah diatas kehilangan insan trsyg..xdpt digmbarkan kesedihan ini bila trbyg wajah ani.......

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA