Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Jumaat lepas Hari Tanda Kasih sekolah Faiq. Program bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Alhamdulillah, hari Jumaat ibu free jam 9.30 hingga 10.50 pagi. Jadi, tiada masalah untuk ke sana.
Ketika ibu sampai, belum ramai ibu bapa yang datang. Kali ni, ibu berjumpa Mr. Lim, guru kelas 3 Jupiter (kelas Faiq la tu..). Macam dulu juga, masalah Faiq tetap sama; terlalu lambat menulis malah makin parah. Kesannya, keputusan peperiksaan kali ni jatuh merudum.
Macam yang ibu ceritakan di sini, puncanya adalah sikap Faiq yang terlalu berhati-hati kerana nak pastikan tulisannya cantik dan kemas.
Bukan ibu dan ayah tak cuba untuk mengatasi masalah ini. Ibu duduk sekali dengan Faiq setiap kali dia menyiapkan kerja sekolah. Asal nampak je dia cuba memadam tulisannya, ibu tegur. Ada ketikanya ibu sergah dan ketuk jarinya. Latihan tambahan ibu hanya berikan pada hari cuti je. Hari persekoahan memang tak sempat sebab masa yang ada hanya pada waktu malam dan ketika itulah Faiq menyiapkan kerja-kerja sekolahnya.
Ibu jadi risau sebab ibu dapat tau, Faiq sering kali dimarahi oleh guru BMnya sebab tak siap kerja. Mana tidaknya, boleh dikatakan setiap hari aktiviti menyalin. Jika tidak menyalin daripada papan putih, menyalin ayat dan petikan yang dibacakan oleh cikgu. Lepas tu barulah menjawab soalan pemahaman.
Ibu sendiri naik hairan kerana setahu ibu tiada kemahiran menyalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM. Kalau adapun hanyalah kemahiran mengambil imlak iaitu menulis perkataan, ayat atau perenggan pendek yang diperdengarkan. Ibu tengok petikan yang Faiq salin ni bukan lagi perenggan pendek tapi berperenggan-perenggan. Kadang-kadang hingga lebih satu muka surat buku latihan. Memang tak sesuai dengan murid tahun tiga.
Bukanlah ibu sengaja mencari salah guru dan beri muka pada anak sendiri. Kalau begitulah sikap ibu, dah lama ibu ke sekolah apabila dapat tahu Faiq dimarahi hampir setiap hari hanya kerana dia lambat buat kerja. Lebih setengah tahun ibu diamkan saje. Sejak akhir-akhir ni ibu tengok Faiq dah berubah. Mungkin dia tertekan kerana sering dimarahi. Jika dulu dia selalu bercerita pasal aktivitinya di kelas, kini tidak lagi. Apa-apa yang berlaku seboleh-bolehnya dia akan sorokkan daripada ibu dan ayah. Segala cerita pasal dia ibu hanya dapat tahu daripada anak buah ibu yang sekelas dengannya.
Pernah terlintas untuk meminta Faiq diturunkan ke kelas kedua. Tapi bila difikirkan balik, itu bukanlah cara untuk menyelesaikan masalah. Daripada perbincangan dengan guru kelasnya, masalah Faiq hanyalah lambat menulis dan tiada masalah lain. Itu ibu akui. Awal tahun lagi Faiq dah hafal semua sifir dan boleh menyelesaikan masalah matematik. Begitu juga dengan mata pelajaran lain.

Peristiwa semalam buat ibu hilang sabar.
Hari Isnin, ibu dan ayah terpaksa ke sini untuk menyelesaikan segala kekusutan..
Kesian faiq.. Harap masalah faiq dpt diselesaikan.
BalasPadamFaiq punya masalah sama seperti mama, semua mahu cantik dan nampak tertib kiranya kalau tulissan tu tak sama bentuk boleh padam ddan buat balik,....berdoa agar kak ibu salmi dapat menyelesaikan masalah ini...
BalasPadamKak mie dgn masalah Faiq krn terlalu teliti, yah dgn masalah farouk buat kerja yg xkemas...w.pn tak kemas terkadang lambat juga farouk ni nk siapkan kerja...Setiap kali buat hw yah kena pantau...dh cuba latih suruh dia tulis kemas, depan yah oklh, kalau kt belakang mula la dia hentam kromo..risau la kak mie..anak org boleh dibetulkan ttp anak sndiri lak camtu....kalau math farouk cekap mengira trutama drab n bahagi ttp masalah dia xsuka baca trutama bab2 soalan pnyelesaian msalah....risau sgt....
BalasPadamMoga masalah faiq dpt diselesaikan...kesian juga bila memikirkan keadaan begitu.....
Betul Yah.. terkadang kita ni terlalu ambil berat pasal murid2 sampaikan anak sendiri terbiar.. kelas tambahan, kelas bimbingan, menaip macam2 latihan utk anak murid.. anak sendiri terpaksa dibiarkan.. ingatkan anak2 kita dilayan begitu juga.. tapi nampaknya tak semua begitu.. tidak sesekali mengharapkan balasan atas segala perit jerih kita.. cukup sekadar mengharapkan mereka menjalankan tanggungjawab seperti yang sewajarnya..
Padamsaya pun pelik jika budak2 trpksa mnyalin petikan yg pnjng, tmbah pulak kalau kelas depan...
BalasPadamSemoga masalah Faiq dapat diselesaikan dgn segera.....