Ahad, 29 Julai 2012

Macam-macam Rasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Hari ini ibu ingin meluah rasa. Rasa yang bercampur-baur; gembira, sedih, gusar, geram, marah dan bermacam-macam lagi. 

Ujian percubaan UPSR dahpun berakhir Khamis lepas. Walaupun tahun ini tiada anak ibu yang menduduki UPSR, tahap kerisauan ibu tetap tinggi. Ibu masih ada 35 orang anak didik yang bermacam-macam ragam; masih berdondang sayang walaupun UPSR dah terlalu hampir. 

Calon UPSR sekolah ibu tahun ini seramai 135 orang. Macam-macam karenah dan masalah yang terpaksa dihadapi. Hari pertama peperiksaan, tiga orang calon tidak hadir (dua daripadanya dah berbulan tak hadir tanpa sebab). Guru kelas yang prihatin menghubungi ibu bapa. Apabila dimaklumkan yang anak perlu menduduki ujian, datanglah si bapa menghantar si anak (agaknya, apa yang ibu rasa?)

Rupa-rupanya masalah tidak berakhir di situ. Si anak membatukan diri; tak mahu menjawab soalan peperiksaan. Terpaksalah sekali lagi guru-guru menahan sabar, memujuk dan terus memujuk. Namun, almaklum jelah. Yang hadir setiap hari belum tentu dapat menjawab dengan baik, apatah lagi yang suka-suka hati bercuti dah berbulan-bulan (kalau kalian berada di tempat ibu, apa yang dirasakan?)

Hari kedua, masalah lain pulak timbul. Seorang lagi murid tidak hadir. Rupa-rupanya sekeluarga terlewat bangun dan anak terus tak datang ke sekolah. Apabila dimaklumkan yang anak perlu ke sekolah untuk menduduki peperiksaan, barulah si ibu dan ayah tahu yang anak sedang menduduki ujian (sabar je lah...) Lebih kurang pukul 9.40 pagi, barulah murid ini muncul di sekolah (faham-faham jelah apa yang ibu rasa).

Hari Jumaat ibu dah siap menyemak kertas peperiksaan. Walaupun sibuk, terpaksa juga luangkan masa agar dapat kenal pasti kelemahan anak didik untuk diperbaiki dalam masa yang singkat ini. Cadangnya, ingin berbincang tentang kelemahan mereka semasa kelas tambahan hari Sabtu. Sekali lagi ibu rasa amat kecewa. Hampir sepuluh orang murid tidak hadir.

Namun demikian, kesungguhan beberapa orang murid menyejukkan hati ibu. Nampak kesungguhan mereka semasa sesi pembelajaran di kelas serta melalui kerja-kerja rumah yang diberikan. Hasilnya, keputusan peperiksaan mereka amat menggembirakan ibu. Alhamdulillah..

Bukan sengaja ibu luahkan rasa di sini. Bukan mahu mendedahkan kelemahan orang, apatah lagi membuka aib. Ibu bukanlah ibu yang sempurna. Masih banyak kekurangan di sana-sini. Ibu sekadar ingin berkongsi cerita, berkongsi rasa. Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar memberi makan, pakai dan tempat tinggal. Ingatlah bahawa perjalanan anak-anak kita masih jauh. Apakah yang kita bekalkan untuk mereka menjalani hidup yang makin mencabar?

p/s: Sekadar meluahkan rasa.


16 ulasan:

  1. Saya faham perasaan IB sebagai guru. Risau dgn anak didik dan berfikir knp ibubapa mereka tak risau tentang pelajaran anak mereka di sekolah. Apa guna duit yg mereka laburkan. Bagaimana masa depan mereka. Apa pun IB dah buat yg terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah Rose.. Sebagai guru dah tentu akak risau. Risau pasal masa depan mereka. Kalau takde ilmu, mcm mana nak meneruskan hidup dlm dunia yang makin mencabar ni..

      Padam
  2. Semoga kak salmi terus semangat mendidik anak bangsa. Semoga kita semua sbgai ibu bapa ambil iktibar, jgn serahkan tugasan mendidik kpd guru semata2. InsyaAllah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Zefa. Anak-anak perlukan perhatian dan sokongan drp ibu bapa utk cemerlang.

      Padam
  3. Kak Mie, terlalu memahami kegusaran dan kekecwaan hati..rasa seolah2 kita je yg beria2 ingin melihat mereka berjaya sedangkan dipihak ibu bapa ambil tak kisah. Jika anak2 lakukan kesilapan, cikgu juga dipersalahkan, sedangkan masa mereka banyak dihabiskan di rumah.

    Perkara sedemikian berlaku dimana2. Yang paling menyakitkan hati, mrk ponteng sk berbulan2, pernah pihak sk bawa polis ke rumah..senang je jawapan ibu/bapa : Kenapa cikgu sibuk sgt nie...???? Alahai.
    Moga Allah memberi ganjaran berlipat kali ganda pada anak2 yg ikhlas nak belajar, juga utk ibu bapa yg ikhlas menyerahkan anak2 pd kita.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Yah.. gembira apabila lihat ibu bapa yg ambil berat pasal anak2.. Pernah ada seorang murid yg susah; ditinggalkan tanpa nafkah oleh ayah yg tergila-gilakan org lain. Setiap kali ada prgm sekolah, emaknya pasti dtg wpun sibuk mencari nafkah dgn berjualan & menoreh getah.. Alhamdulillah, akhirnya anaknya berjaya dgn cemerlang.

      Padam
  4. Assalamualaikum kak....

    Macam2 ragam murid2 ni...dalam mndidik, terlalu bnyak kesbaran yg diperlukan walau kadang2 sabar mncapai tahap mksima....tempat saya, hari ni bermula percubaan UPSR..risau sangat..risau pasal anak sndiri dan tmbh risau dgn anak2 didik ...harap2 merek berjaya...sama2lah kita mndoakan kjyaan mereka ya kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah tugas kita yg semakin hari semakin mencabar..
      Insyaallah, moga anak MP beroleh kecemerlangan.. begitu jg dgn anak didik kita

      Padam
  5. Tahun ini seorang anak kakcik akan menduduki PMR, tapi langsung tak kisah nampaknya dia. Kakcik saja yang susah hati... hmmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain budak, lain cara belajarnya Kakcik. Ada yg tak mengulang kaji sebab dh beri tumpuan sepenuhnya semasa di dlm kelas.. Yang merisaukan adalah yang tidak beri tumpuan di dlm kelas..

      Padam
  6. kaka ibu mungkin sebab itu allah tidak takdirkan saya jadi seorg guru.... kat lorong ni pun ada anak2 yang akan mengambil upsr, tapi ibubapa macam buat tak kisah je.... qayyum dulu siap saya kurung 2 bulan kuarantin x boleh main luar.... inikan pulak dah tinggal beberapa minggu saja lagikan... qayyum dulu periksa upsr seminggu selepas raya, kami langsung tak beraya mana, balik kg bawa buku latihan sampai kakak2 ipar yg cikgu ckp ni masa dia rehat kan otak... tapi bagi mama kalau blh tak mahu dia main2 dlm pelajarannya dan dia perlu serius untuk menetukan masa depannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dgn mama.. sesetengah org kata upsr terlalu awal utk menilai anak. Tapi dgn keputusan itulah anak kita ditempatkan ke sekolah menengah.. Selalunya, persekitaran sekolah amat membantu murid.

      Padam
  7. salam.Semoga jasa dlm memdidik anak bangsa akan trbalas dgn setiap kejayaan yg mereka perolehi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Azatie..
      Memang itulah yg diharapkan.. kejayaan anak didik adalah hadiah paling berharga buat kami..

      Padam
  8. la byk plak karenahnya..kalau js tak tau la nak urus camne...nasib kerja kt office je..^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan budak2 je yg byk karenah, JS.. Ibu bapa pun kadang2 sama naik dgn anak. Terlalu memanjakan anak..
      Semua kerja ada cabarannya, JS cuma btk cabaran tu je yg berbeza.. betul tak?

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA