Isnin, 2 Julai 2012

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”. 

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Kenyataan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui - [sumber]


9 ulasan:

  1. sampai masanya mmg akan terjadi... tapi bersediakah kita....risau kan

    BalasPadam
  2. Bersediakah kita kak. ?.. Takut bila difikirkan

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama02 Julai, 2012

    takutnya...cukupkah js utk hadapi semua ini...^^

    BalasPadam
  4. perkara itu pasti akn brlaku suatu hari nanti ttp sudah bersediakah kita utk lalui semua tu.......moga kita sama2 menambahkan keimanan ......

    BalasPadam
  5. salam..risau jugakkan..tatau bila akan berlaku,semoga dapat kita menambahkan amalan & bersedia utk menghadapi saat itu..

    BalasPadam
  6. Salam kenal.
    Ya Allah....rasa takut pulak dgn berita ini.

    BalasPadam
  7. takutkan...bsediakah kita..smg kita diberi kesempatan untuk
    menambah keimanan & amalan...

    BalasPadam
  8. subhanallah.....
    moga2 iman kite akan bertambah

    BalasPadam
  9. Bersedia atau tidak kita, ianya tetap akan berlaku.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA